Pesawat penumpang Asiana yang mahu mendarat telah ditembak oleh tentera Korea Selatan kerana tersilap menyangka adalah pesawat pejuang tentera Korea Utara.-ikuti berita lanjut-
Tentera Korea Selatan
Menurut media Yonhap Sabtu 18/06/2011,sumber dari pihak tentera Korea Selatan,tentera Korea Selatan telah menembak pesawat penumpang Asiana ketika mahu mendarat pada subuh Jumaat 17/06/2011.
Pesawat penumpang Asiana bernasib baik tidak mengalami sebarang kerosakan dan kesemua 119 penumpangnya selamat,tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Tentera yang bertugas di satu pos pemerhati di pulau Gyodong tidak berapa jauh dari kawasan pantai barat Korea Selatan dengan menggunakan senjata berat K-2 telah menembak ke arah pesawat itu, yang sedang menurun ketika mendekati Bandar Antarabangsa Incheon.
Gyodong terletak hanya 1,7 kilometer selatan pantai Korea Utara. Pesawat itu sedang terbang di tenggara pulau Jumun, 12 kilometer selatan Gyodong menuju Incheon,"Penembakan itu terjadi sekitar 10 minit tetapi pesawat itu terlalu jauh dari jangkauan tembakan senjata dan tidak mengalami sebarang kerosakan," kata pejabat beritaYonhap memetik kenyataan seorang pejabat tentera.
"Ketika pesawat itu berada di pulau Jumun, tentera menyangka pesawat tersebut adalah pesawat tentera Korea Utara dan melepaskan tembakan." Seorang jurucakap tentera mengesahkan kejadian itu, namun menolak memberi penjelasan lebih lanjut.
Seorang pengawal penerbangan mengemukakan kepada AFP pesawat Asiana itu datang dari China dengan membawa 119 penumpang dan anak kapal mengikuti laluan normal penerbangan."Pesawat itu terbang mengikuti aturan yang normal. Pesawat itu tidak melanggar laluan normal," kata pengawal penerbangan itu.
Tentera Korea Selatan telah diarahkankan supaya siap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan tindakan provokatif oleh Korea Utara swaktu ketegangan di ruang udara dan kawasan perbatasan meningkat.
Seorang jurucakap Asiana mengatakan pesawat itu tidak mengalami bahaya kerana terlalu jauh dari pos pengawalan pihak tentera.Hubungan antara kedua negara tetap berada pada tahap kritikal,setelah Pyongyang pada akhir bulan lalu menyatakan bahawa pihaknya telah memutuskan semua bentuk hubungan dengan pemerintah konservatif Korea Selatan.Sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLS @ 2011.
No comments:
Post a Comment