nuffnang add

Sunday, June 19, 2011

BOS BARU AL-QAEDA-AYMAN al-ZAWAHIRI

WORLD: CURRENT NEWS,ALL DAY,EVERYDAY-Ayman al-Zawahiri New Boss of Al-Qaeda


Laman web rasmi Al-Qaeda secara rasminya menamakan Ayman al-Zawahiri sebagai memegang tampuk tertinggi Al-Qaeda.Pengumuman untuk tahun 2011 itu telah diumumkan oleh komando Jihad Al-Qaeda,"kami mengumumkan Dr.Sheikh Abu Muhammad Ayman al-Zawahiri pemimpin tertinggi Al-Qaeda.



Ayman al-Zawahiri-foto sebelah kiri Osama bin Laden

Menurut media antarabangsa CNN pada Khamis 16/06/2011,melaporkan bahawa Zawahiri berasal dari keluarga yang kaya dan berada di Cairo Mesir.Sebagai seorang Doktor,beliau juga terkenal sebagai orang penting dalam Organisasi Pertubuhan Jihad Islam Mesir (EIJ).Pertubuhan ini adalah diantara yang disenaraikan sebagai militan dan penentang semasa  pemerintahan sekular Presisen Hosni Mubarak.

Al-Zawahiri juga pernah sama-sama berjuang bersama Osama bin Laden ketika menentang Soviet Union di Afghanistan.Pada mulanya kehadiran Zawahiri ke Afghanistan adalah sebagai Doktor Perubatan.

Organisasi Jihad Islam Mesir bergabung dengan Al-Qaeda pada tahun 1998.Selepas bergabung serta berkerjasama dengan Al-Qaeda,Zawahiri telah mengirim faksimili ke sebuah akhbar Al-Hayat,sebagai amaran kepada rakyat AS.Selepas tiga hari kemudian,pada 7 Ogos 1998,penyerang berani mati telah meletupkan kedutaan Besar AS di Nairobi,Kenya dan Der Es Salam,Tanzania dengan menggunakan sebuah trak yang dimuatkan dengan bahan letupan.Letupan tersebut telah mengorbankan 224 nyawa.

Semenjak kejadian tersebut pihak AS telah melancarkan perang habis-habisan terhadap kumpulan Al-Qaeda terutamanya pemimpin tertinggi pertubuhan tersebut.Osama dan Zawahiri.FBI juga telah menyenaraikan Zawahiri sebagai  individu yang paling dikehendaki serta menawarkan U.S Dollar 25 juta sebagai ganjaran kepada sesiapa yang sedia memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu terbabit,nilai yang sama yang pernah ditawarkan keatas Osama bin Laden.

sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011





No comments:

tweet

more yakin world popular posts