nuffnang add

Wednesday, June 22, 2011

TOP 10 VIDEO GAME PALING BAHAYA DALAM DUNIA

WORLD:INFORMATION:TOP 10 MOST DANGEROUS VIDEO GAME IN THE WORLD


Video Game pada awalnya dicipta kerana manusia menginginkan hiburan tambahan,tetapi kebelakangan ini banyak Negara didalam dunia telah mengharamkan beberapa jenis Video Game kerana beberapa sebab seperti kekerasan yang melampau,menghina Agama,lucah dan macam-macam lagi telah dikeluarkan oleh Syarikat-syarikat Video Game.-IKUTI 10 VIDEO GAME PALING BAHAYA DI DUNIA-



Ibu bapa terutamanya amat bimbang kerana Video Game sebegini boleh mempengaruhi minda kanak-kanak dan anak muda amnya,tetapi amat menyedihkan ada segelintir Ibu Bapa yang tidak memperdulikan Video Game apakah yang di mainkan oleh anak-anak mereka.


Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu?Penulis teringat bila tengok kartun "Tom & Jerry",bila tengok Tom pukul kepala Jerry dengan kayu besbol masing-masing kita ketawa berdekah-dekah,tetapi pada masa sekarang,contohnya video game yang dimainkan oleh budak-budak sekarang,"overtly violence"(keganasan secara terang/tanpa berselindung) dan "Profane"(Karut,tahyul).


Apa yang hendak penulis sampaikan ialah,yang menjadi persoalan pada kita sekarang apakah ibu bapa pada masa sekarang bertanggungjawap sepenuhnya untuk memastikan supaya anak-anak mereka tidak terdedah kepada video game ataupun rancangan TV yang tidak sesuai?..


"Syarikat-syarikat yang besar telah memasukkan kedalam video game ataupun rancangan TV didalam pasaran,seks dan keganasan kepada kanak-kanak,dan amat menakjubkan bagaimana ibu bapa telah menjadi pasif disebabkan jadual harian mereka yang terlalu sibuk ataupun maaflah penulis cakap,mungkin kerana kejahilan...Inilah yang dikatakan "Children Mind Control"(Penguasaan Minda Kanak-kanak).


Seharusnya ibu bapa membiasakan diri mereka dengan apa yang anak-anak mereka tonton ataupun video game yang mereka mainkan.Ini akan membuat ibu bapa dapat memahami dengan lebih baik tentang apa yang anak mereka tonton dan game yang anak mereka mainkan.Ini akan memudahkan ibu bapa untuk menentukan apa yang boleh atau dilarang serta memutuskan bagaimana untuk menghadkan bilangan jam keseluruhan kanak-kanak untuk menonton dan main game yang telah ditentukan kandungannya.


"Penyelidikan tidak mencadangkan bahawa menonton keganasan boleh meningkatkan kelakuan yang ganas,tetapi menunjukkan bahawa kanak-kanak berisiko menterjemahkan apa yang mereka lihat kedalam tingkah laku,"


"Ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka tentang apa yang mereka tonton serta melibatkan diri dengan kerap apa yang mereka saksikan,"banyak kali sudah berlaku pada masyarakat hari ini,TV atau Video Game di jadikan sebagai "Baby Sitter"(Pengasuh).Pada entry yang akan datang,penulis ingin kongsikan bagaimana TV boleh menguasai minda kanak-kanak jika tidak dikawal dengan baik oleh ibu bapa khususnya.


Antara 10 Senarai Video Game yang Bahaya di Dunia;


10.Pokemon
Game Pokemon dilarang di Arab Saudi.Ini disebabkan kerana permainan ini dianggap mempromosikan perjudian.Pada tahun 2001,semua produk dari francias Pokemon dilarang kerana dikaitkan dengan Zionisme dan berkaitan dengan agama yang lain.Game Pokemon ini di-claim memuatkan lambang salib dan "the Star of David" lambang negara Israel.




9.Grand Theft Auto-San Andreas
Game ini dilarang di Australia dan Amerika Syarikat dan selalu menjadi kontroversi. Meskipun game ini cukup canggih dengan menggunakan perspektif Google Maps,tema dan motif dari game ini dianggap mengajarkan rompakan, kekerasan dan letupan. Bahkan dalam siri GTA: San Andreas,ada sebuah game mini yang bertajuk Hot Coffee. Dalam game mini itu terdapat adegan antara dua watak game yang sedang melakukan hubungan seksual.


8.Bully(Canis Canem)
Dilarang di Brazil, England dan Amerika Serikat. Game ini dianggap mengajak anak-anak sekolah untuk berbuat kekecohan di sekolah dan dianggap boleh merosakkan moral generasi muda.


7.Call Of Duty
Dilarang di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Rusia. Game perang seperti Call of Duty ini dianggap telah melencengkan sejarah karena lokasi dan waktu yang digunakan dalam tema perang biasanya diambil ketika zaman peperangan di suatu negara. Siri Call of Duty yang paling kontroversi adalah Modern Warfare 2 dan Black Ops. Namun begitu, keduanya malah mengaut keuntungan yang cukup besar dari penjualan game tersebut.


6.CARMAGEDDON
Pada tahun 1997,Carmageddon dinilai telah menyimpang di mana game ini telah menampilkan gambar-gambar kekerasan yang melampau.Disebabkan itu,game ini dilarang di Brazil,Jerman dan England.


5.FOOTBALL MANAGER
Game yang bertemakan bolasepak ini dilarang di China pada tahun 2005.Pemerintah Republik Rakyat China menganggap permainan ini melanggar UU China kerana kandungan yang merbahaya bagi kadaulatan China dan integrasi ketenteraan.Ini kerana dalam game Football Manager 2005 telah memasukkan Tibet dan Taiwan sebagao negara terpisah dari China.


4.LEFT 4 DEAD 2
Pemerintah Australia dan Jerman melarang game ini kerana tidak memberikan label peringatan agar game tersebut hanya dimainkan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas. Gambar-gambar yang dipaparkan seringkali berlebihan,seperti zombie,mayat,pemotongan..


3.MAN HUNT
Pada tahun 2008,Manhunt 2 dilarang diedarkan kepada gamer kerana kandungan gengterisme.Rockstar selaku pengeluar sempat menerbitkan versi revision,namun tetap dilarang.Pada tahun 2004 pula,Manhunt pertama menjadi berita utama di dada-dada akhbar media barat disebabkan kematian seorang pelajar berusia 14 yang ditikam dan dipukul di Leicester.Ibubapa mangsa beranggappan,kematian anaknya itu berkait rapat dengan game ManHunt ini.Game ini dilarang di tujuh negara, termasuk Jerman dan England.


2.MORTAL COMBAT
Brazil dan Jerman melarang peredaran game ini kerana game pertarungan tersebut kerap menampilkan darah berlebihan. Sejak tahun 1992, seri Mortal Kombat telah membawa kontroversi untuk game. Bahkan Entertainment Software Rating Board (ESRB) akhirnya mengharuskan semua permainan video untuk dinilai dan diberi label peringatan untuk pengguna.


1.POSTAL
Postal, game yang bergenre 'third-person shooter' menampilkan banyak adegan yang mengerikan. Gamer dikehendaki untuk menembak sejumlah pekerja dan orang ramai yang dikisahkan sedang 'mengamuk' di sebuah wilayah berlatar belakang Irlandia.Digambarkan pemberontak sedang ketagih ubat terlarang untuk keperluan pengganas,game ini dilarang di 13 negara termasuk Australia dan Sweden.

YAKIN WORLD @ 2011

No comments:

tweet

more yakin world popular posts