nuffnang add

Thursday, May 26, 2011

SEJARAH SARAWAK

WORLD:SARAWAK BORNEO HISTORY

BY:YAKIN KEY OF WEALTH @ TM 2011
CATEGORY: KNOW'S SARAWAK (BORNEO) MALAYSIA

Penulis rasa excited sangat kerana dapat mengumpul sumber2 fakta,gambar2 tentang sejarah Sarawak atau lebih dikenali sebagai ''Land Of Hornbill " (Bumi Kenyalang).Semasa penjajahan British,Sarawak lebih dikenali sebagai Borneo,kalau di negara2 Eropah dan barat amnya lebih mengenali Sarawak dgn nama Borneo.

peta sarawak


peta sarawak dlm peta Malaysia

Asal nama sebenar SARAWAK tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama SARAWAK asal daripada berikut :

Nama SARAWAK berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang di gelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. 

Manakala nama Sungai Sarawak pula di ambil dari nama sejenis batu bijih iaitu"serawak" dimana ia mengandungi belerang dan antimoni. (Kamus Dewan Edisi 3).  Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa SARAWAK di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah SARAWAK ketika itu kaya dengan antimoni.

SEJARAH PURBA

Pada 4000 tahun dahulu, SARAWAK ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Semenjak sebelum masihi lagi, manusia telah menduduki SARAWAK, ini jelas terbukti apabila ahli arkeologi telah menemui tulang manusia,tembikar, dan bekas perkuburan. 

ILUSTRASI SARAWAK KURUN KE 10-19

Pada kurun-10 hingga kurun-13, SARAWAKdikatakan berada di bawah kekuasaan Kerajaan Srivijaya. Apa yang menyebabkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan persisiranSARAWAK ialah kerana penguasaan kerajaan 


Srivijaya ke atas wilayah persisiran SARAWAK. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu Zaman Cina di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, SARAWAK dikuasai oleh Kerajaan Majapahit. Seorang Putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah keSARAWAK pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa sebelum berhijrah ke SARAWAK. 







Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan SARAWAK telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Dato Temenggung, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke diSARAWAK. 




PENJAJAHAN INGGERIS

JAMES BROOKE
James Brooke dilahirkan di Banares, pada 29 April 1803 di India. Ketika itu bapanya sedang berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Apa yang diketehui secara pasti, SARAWAK terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. SARAWAK merupakan sebuah wilayah yang ditadbir secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan SARAWAK yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak pada 24 September 1841. 
Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung baratSARAWAK yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke. 

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakkannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakkan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakkan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya. 

Dinasti Brooke memerintah SARAWAK selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai"Raja Putih" ("White House"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British. Berbanding dengan banyak kawasan empayar yg lain, keluarga Brooke bermaksud pengalaman dasar Paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada ekploitasi oleh Empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan  dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

SEJARAH MODEN SARAWAK.

Jepun menyerang SARAWAK pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II SARAWAK pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. 


Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia  pada antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentenangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu SARAWAK diperintah oleh Kerajaan Malaya.Sehingga sekarang rakyat Sarawak hidup aman damai dgn keunikan berbilang bangsa,Agama,kaum dan etnik di bawah naungan Malaysia.


Tepian Perairan Bandar Kuching pada tahun 1900-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)


Main Bazaar pada tahun 1880-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)


Padang Lumba Kuda Kuching pada tahun 1910-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)



Sekolah St Thomas tahun 1908-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)


Pertabalan Vyner Brooke tahun 1917-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

Pemandangan Sungai Sarawak tahun 1910-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

Tempat Peranginan dan pentas Band, Kuching-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

Padang Lumba Kuda dan Orang ramai tahun 1890-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

Ranee Margaret, Puan Maxwell dan wanita-wanita melayu-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

Ranee Sylvia berpakaian Melayu-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

Kuching Pada tahun 1840-Sumber Sarawak Purba : Satu Kajian Bergambar ( Craig A Lockard & Graham E. Saunders)

RUMAH-RUMAH IBADAT DI SARAWAK




MASJID LAMA BAHAGIAN KUCHING

MASJID KUCHING ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI MASJID TAMBI

MASJID BARU BAHAGIAN KUCHING 1967

MASJID KUCHING PERTAMA

MASJID LAMA SIBU

MASJID LAMA SRI AMAN 1970an

KUIL CINA KUCHING

GEREJA LAMA KUCHING

KUIL LAMA INDIA




Bandaraya Kuching Ibu Negeri Sarawak

Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri SARAWAK. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri SARAWAK. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu, dan lain-lain. Terdapat Banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun.

Bandaraya Kuching


Bandaraya Kuching

Bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Bandaraya Kuching

Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU)

Bandaraya Kuching

Bandaraya Kuching

Bandaraya Kuching

Bandaraya Kuching

Bandaraya Kuching

Jln Masjid India Kuching

Waterfront Kuching

Muzium Negeri Sarawak Kuching

Bandaraya Kuching

Dewan Undangan Negeri Sarawak(Dalam Pembinaan)

DUN Sarawak siap dibina

DUN Sarawak

Pasar Tamu Satok Kuching(Peniaga Ikan Terubok Masin)

Pasar Tamu Satok Kuching

Kraftangan Kaum Iban



Benteng Satok 

Peniaga Pasar Tamu Satok

Biskut Sarawak

Pasu Sarawak

Pasu Sarawak

Gambir Sarawak


Secara amnya, Kuching merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia. Jumlah penduduk bandaraya Kuching setakat tahun 2007 dianggarkan sekitar 634 517 orang. 

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.

BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG TERDAPAT DI NEGERI SARAWAK

Pada tahun 2002, bahagian di Sarawak telah ditambah kepada dua bahagian, iaitu bahagian Mukah dan Betong. Setakat ini, Sarawak telah mempunyai 11 bahagian keseluruhannya.Sarawak terdiri daripada 11 bahagian iaitu : (angka menunjukkan keluasan kilometer persegi)

  1. Kapit 38,933.98
  2. Miri 26,777.07
  3. Bintulu 12,166.21
  4. Sibu 8,278.29
  5. Limbang 7,790.01
  6. Mukah 6,997.61
  7. Sri Aman 5,466.25
  8. Samarahan 4,967.45
  9. Kuching 4,559.55
  10. Sarikei 4,332.35 
  11. Betong 4,180.74
Penulis amat berharap perkongsian ini boleh menjadi sumber pengetahuan utk kita semua dan sekiranya ada tersalah fakta diharap boleh komen dan email.Terima Kasih daun Keladi,lepas ni ,sila baca Entry lain lagi...Terima kasih kepada admin FB http://www.facebook.com/media/set/?set=a.229150940434499.80308.117375568278704&notif_t=like Laman Sosial sejarah Sarawak dalm FB di atas gambar2 lama sejarah Sarawak.
















2 comments:

Unknown said...

Minta dibetulkan bahagian Sejarah Sarawak. Sarawak memang pernah dijajah british tetapi BUKAN KELUARGA BROOKE yang menjajah Sarawak. Mereka adalah RAJA ataupun bersamaan SULTAN di Sarawak. Jika mereka menjajah, kenapa gunakan perkataan RAJAH?... fikirlah siapakah yang dibunuh oleh Rosli Dhoby?... Keluarga Brooke atau gabenor yang dilantik British?... Sila fahami konteks Sejarah Sarawak dari sudut SARAWAK bukan MALAYA.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Setuju dengan Halim Hamdian,sila fahami konteks sejarah Sarawak..buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan..Anyway intresting topic..

tweet

more yakin world popular posts