nuffnang add

Thursday, June 2, 2011

KEMALUAN SEORANG LELAKI BANGLADESH DIPOTONG DAN DI HANTAR KE BALAI POLIS

WORLD: WEIRD STUFF


Pastinya readers rasa pelik dengan tajuk entry ni,tapi penulis nak kongsi berita dari media Bangladesh yang melaporkan seorang wanita telah memotong kemaluan seorang lelaki yang juga jirannya setelah lelaki itu cuba untuk memperkosanya..



"Macam2 lah manusia ni,"(sekadar gambar hiasan)

Bagi kaum Hawa,pemerkosaan adalah satu pengalaman yang menggerikan atau menyedihkan tetapi bagi seorang wanita dari Mirzapur Bangladesh,Moju Begum tidak mahu terlalu mudah menyerah kalah kepada lelaki perogol ni,dia berjaya mempertahankan maruah dirinya.

Menurut cerita Moju kepada pihak polis, Mozammel Haq Mazi adalah jiran rumahnya. Tapi, tidak disangka lelaki ini telah bertindak di luar dugaan,dimana Mazi telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan cuba memperkosanya.

Meskipun dalam keadaan kelam kabut, Moju ternyata berhati waja,dia dengan berani menyerang lelaki itu dengan pisau. Tidak cuma itu saja, ia bahkan memotong kemaluan Mazi! "Moju membawa potongan kemaluan itu dan disimpan di dalam beg plastik dan membawanya ke pejabat polis," kata Jurucakap Polis Abul Khaer.

Oleh kerana demikian, sebagaimana media AP dan AFP pada Selasa (31/5/2011), Mazi menolak semua cerita Moju. Menurutnya, Moju adalah teman wanitanya. Menurut ayah lima anak itu, dirinya dan Moju sudah setuju untuk berpindah ke Dhaka, 200 kilometer dari kampung tempat tinggal keduanya. "Saya menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya tidak boleh meninggalkan isteri dan anak-anak, kerana itulah dia membalas dendam," kata Mazi membela diri.

Tetapi agak malang kepada Mazi.,sebab menurut pakar bedah dari Universiti Kedoktoran dan Hospital Sher-e-Bangla di kota Barisal, Profesor AMSM Sharfuzzaman, kemaluan Mazi tidak boleh disambung kembali. Doktor itu memberitahu kerana polis telah lambat membawa potongan kemaluan itu beberapa jam setelah kejadian. "Tapi, kami akan merawat Mazi agar dia tetap dapat buang air kecil tanpa kemaluannya!," menurut Sharfuzzaman.-sumber antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011


No comments:

tweet

more yakin world popular posts