nuffnang add

Tuesday, June 7, 2011

MENGUMPAT BOLEH DIKENAKAN DENDA

WORLD: INFORMATION


Jika kat negara kita ni kes mengumpat sudah dianggap lali bagi sesetengah masyarakat,tapi kadang2 boleh jadi kes yang serius kalau mengumpat tak kena tempat,ok lah,lupakan kes orang suka mengumpat kat negara kita ni,apa yang penulis nak kongsikan ialah di Australia iaitu Victoria sebuah bandar di sebelah bahagian selatan Australia sudah naik jemu dengan budaya suka mengumpat orang ni,sehingga bandar itu telah menetapkan denda U.S Dollar 250!-ikuti berita lanjut-



''Jgn mengumpat aku sudahlah,"-sekadar gambar hiasan-

Memetik berita AP, AFP, dan ABC News 06/06/2011, tak lama lagi akan muncul peraturan tentang orang suka mengumpat di tempat awam. Peraturan berbentuk undang-undang itu memberikan kekuasaan kepada pihak polis mendenda orang yang suka mengumpat ataupun suka memaki-hamun di tempat awam. Dendanya sekitar 250 dollar AS.


 Pendakwaraya Victoria Robert Clark yang mengatakan orang yang suka mengumpat adalah termasuk dalam kategori perilaku yang tidak baik. Perilaku itu menyinggung perasaan orang yang kena umpat.

Selanjutnya, menurut Clark perubahan yang akan diikuti semasa percubaan selama tiga tahun itu akan bererti bahawa polis, bukan pengadilan, yang akan menangani orang-orang yang dikenakan dakwaan berperilaku mengumpat ini.

Oleh kerana demikian, akan muncul nanti orang yang akan menentang peraturan baru itu.Berbagai anggota badan NGO yang menuntut kebebasan.bimbang peraturan baru tersebut akan memudaratkan anak-anak muda yang sinonim dengan budaya gossip(mengumpat) dikalangan mereka terutamanya kaum feminim,tidak adil bagi mereka.

Sememangnya melarang mengeluarkan kata-kata maki hamun atau sumpah-seranah di tempat awam merupakan sebahagian dari usaha negara bahagian Victoria ini adalah untuk menghalang perilaku antisosial. Para pejabat eksekutif di Victoria berpendapat perilaku antisosial sudah begitu serius melanda negara bahagian itu.


Untuk menjayakan peraturan baru anti mengumpat dan maki hamun ini, para pelaku yang menggunakan bahasa kotor akan dikenakan denda di tempat, sama seperti saman keatas perilaku yang salah parking ataupun yang tidak membayar parking lot.

Menurut Robert Clark,undang-undang itu diaktakan adalah untuk mengdakwa/menghukum orang-orang yang bersikap agresif dan suka mengumapat."Kadang-kadang saya juga merungut seperti mungkin dilakukan orang lain. Tetapi, peraturan ini tidak dimaksudkan untuk itu tetapi hanya untuk perilaku agresif,kasar dan suka mengumpat di tempat awam, yang pastinya akan  membuat orang lain tidak selesa," katanya.


Pada bahagian lain, muncul pula sokongan supaya peraturan itu segera dijalankan dan ditegakkan. Warga Melbourne, ibu kota negara bahagian Victoria, berpendapat bahawa terutamanya orang yang suka mengumpat,menyumpah-seranah ataupun memaki hamun  tidak seharusnya diucapkan.
Seorang lelaki di kota ini mengatakan, "Memaki-maki ataupun mengumpat adalah merupakan tindakan yang sangat tidak sosial dan tidak bertamadun. Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dilakukan ketika   orang ramai berada di persekitaran," kata lelaki tersebut.


Victoria memang terkenal kerana orang-orang di kwasan tersebut suka memaki hamun dan mengumpat.Apa komen readers semua tentang berita ni,tapi penulis rasa mengumpat dan suka memaki hamun ataupun mengeluarkan perkataan kesat memang tidak elok diamalkan budaya seperti itu,terutamanya ibu bapa didalam mendidik anak-anak,apa yang kita risaukan budaya tak elok ini akan menjadi kebiasaan kepada anak-anak apabila selalu didedahkan dengan budaya tak elok sebegitu.Sekadar pandangan.-YAKIN WORLD @ 2011-


No comments:

tweet

more yakin world popular posts