nuffnang add

Tuesday, June 7, 2011

ANGGOTA POLIS DITAHAN GARA-GARA GUNAKAN TANDAS PRESIDEN

WORLD:ZIMBABWE POLICEMAN ARRESTED FOR USING MUGABE 'S TOILET


Penulis pun mula-mula hairan jugak bila membaca berita dari media Zimbabwe ni,kerana seorang anggota polis berpangkat Sarjan dikenakan penjara gara2 tak tahan nak menunaikan "hajat", nekad  menggunakan tandas VIP yang disiapkan khas untuk presiden Robert Mugabe..-ikuti kisah lanjut-




Anggota polis berpangkat Sarjan ni,telah ditahan oleh Pengawal Peribadi Presiden Mugabe pada 7 May 2011 kerana menggunakan tandas yang dikhaskan untuk Presiden Robert Mugabe ketika pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe sedang diadakan di sebuah bandar sebelah barat Bulawayo.

Menurut anggota polis yang berkawal dipintu tandas Mugabe,pada mulanya mereka telah menegah Sarjan Mabhunu dari memasuki tandas,tapi Mabhunu bertegas dan melawan anggota polis tersebut dan terus mengunci pintu tandas dari sebelah dalam.Sarjan Mabhunu memberi alasan beliau dah tak tahan nak melepas hajat!LOL...silap masuk tandas,kena penjara pulak..






  Mabhunu telah ditahan keesokan harinya dan dikenakan tahanan,sementara para pegawai tengah nak fikir atas dakwaan apa nak dakwa sarjan Mubhanu ni,kerana pada mulanya tandas ni adalah untuk orang awam apabila pengawal peribadi Mugabe mengarahkan tandas tersebut dijadikan tandas khas untuk Presiden Robert Mugabe.

Kesian anggota polis berpangkat Sarjan ni,Alois Mabhunu..selain dikenakan penjara 10 hari,beliau juga diturunkan pangkat dari seorang pegawai penyiasat Homicide(Kes Pembunuhan) menjadi anggota biasa.Dia juga tidak dibenarkan memakai pakaian awam ketika bertugas,seperti biasa semasa beliau menjalankan tugas sebagai penyiasat..

Tak pernah terjadi pulak kes sebegini,lagipun seorang pegawai polis yang menggunakan tandas tersebut bukannya orang awam...hahaha,penulis rasa penjara 10 hari tu elok dikenakan pada sesiapa yang tak "FLUSH" selepas menggunakan tandas!-YAKIN WORLD @ 2011-







No comments:

tweet

more yakin world popular posts