nuffnang add

Monday, June 6, 2011

RUSSIA AKAN MEMBANGUNKAN HOTEL YANG PERTAMA DI ANGKASA LEPAS

WORLD:INFORMATION


Tak cukup kat bumi nak bangunkan hotel,nak buat hotel kat angkasa lepas pulak..tetapi memang pihak kerajaan Russia sudah membuat perancangan nak bangunkan hotel di angkasa lepas!


Memetik berita dari reuters,usaha untuk membangunkan hotel di angkasa lepas ini sebagai usaha menaikkan industri pelancongan,pasti harga nak ke hotel angkasa ni bukannya murah..ikuti berita lanjut-




Syarikat konglemerat Russia seperti Orbital Technologies sudahpun membuat perancangan eksklusif hotel angkasa lepas spt apa yang mereka panggil "cosmic hotel".Perancangan ini untuk menarik pelancong kaya yang berminat hendak melancong di angkasa lepas.

Menurut mereka lagi setiap stesen hotel ini akan menampung 7 orang pelancong dan akan dilayan spt layanan hotel 5 bintang.Ekskutif syarikat ini,Sergei Kostenko mengatakan hotel angkasa ini akan dibangunkan sebagai hotel bertaraf mewah,4 bilik tetamu hotel ini kemungkinan akan dilancarkan ke orbit selewat-lewatnya 2016 spt diwawancara oleh Russia RIA Novosti News Agency.



Menurutnya lagi,tetamu hotel ini kan diterbangkan ke angkasa menggunakan roket Soyuz sama dgn yg digunakan utk mengangkut angkasawan Russia ke ISS(International Space Sation)Stesen Angkasa Antarabangsa.Sykt yg berpangkalan di Moscow ini tidak pula menyatakan bagaimana hotel ini akan dibina atau dibiayai.Desas desus menyatakan kos projek ini akan mencecah U.S Dollar 100 juta atau 1 Billion.

Sehingga skrng,pelancong angkasa pertama ialah ahli perniagaan AS,Dennis Tito telah bersama-sama angkasawan dan para pengkaji telah berlepas ke orbit dan singgah di ISS.

"Modul perancangan hotel angkasa kami nanti tidak akan menginggatkan anda tentang ISS,hotel kami kan lebih selesa didalamnya,dapat melihat imej bumi dengan terang dan jelas dari cermin hotel angkasa kami kelak,"tambah Sergei lagi dalam RIA News Agency.-sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011.












No comments:

tweet

more yakin world popular posts