nuffnang add

Sunday, June 5, 2011

GARA-GARA NAK BELI iPAD2,REMAJA CHINA SANGGUP JUAL BUAH PINGGANG

WORLD:WEIRD PEOPLE-YOUTH FROM CHINA SELL HIS KIDNEY FOR iPAD2


Boleh camtu pulak,gara-gara nak dapatkan iPad2,sanggup jual buah pinggang?Tapi berita ni memang terjadi di tanah besar China,remaja ni berasal dari Chenzau China berumur 17 tahun nekad menjual sebelah buah pinggangnya gara-gara untuk membeli iPad2 kerana tidak mempunyai wang...-ikuti berita lanjut-



Remaja yang menjual buah pinggang gara-gara nak beli iPad2- Xiao Zhen 17 tahun

Ibu remaja ni menyatakan pada pihak akhbar, pada mulanya dia hairan bagaimana anaknya mendapatkan sebegitu banyak duit membeli iPad2,apabila didesak oleh ibunya barulah remaja itu mengakui bahawa dia telah menjual sebelah buah pinggangnya di salah sebuah Hospital di Chenzau di Wilayah Hunan..ada beran..jual buah pinggang nak beli iPad2?..lol,janganlah,tak pasal2 terus buah pinggang tak boleh pakai.

Tapi remaja ni bernasib baik kerana doktor swasta yang membedah remaja itu pada 28/04/2011 merehatkan remaja tersebut untuk 3 hari di hospital tersebut sebagai proses pemulihan setelah selesai dibedah dan sebelah buah pinggangnya dikeluarkan.Setelah selesai,remaja itu dibayar 20,000 Yuan.Selepas itu,remaja itu terus membeli iPad2 dan iPhone dengan menggunakan wang tersebut.

"Saya memang teringin sangat hendak memiliki iPad2,tapi tidak mempunyai wang untuk membelinya,setelah saya melihat sebuah iklan didalam internet seorang wakil penjual organ akan membayar 20,000 Yuan untuk sebelah buah pinggang "akui remaja itu ketika diwawancara Shenzhen TV.

Pihak polis sudah melakukan penyiasatan siapakah sindiket penjual dan pembeli organ tersebut serta dalang disebalik sindiket tersebut tetapi tidak berhasil,setelah ibu remaja tersebut membuat laporan polis.Berita ini telah mengejutkan penduduk China.Orang-orang tua di China menyatakan budaya meterialistik telah menghancurkan anak-anak muda di China.

iPad2 memang amat popular di China,mereka sanggup menunggu berjam-jam di depan Apple Store semata-mata hendak membeli iPad2 ataupun iPhone.

Kes sebegini belum pernah terjadi kat negara kita,mintak-mintaklah jangan buat keja semacam ni,kalau tak mampu beli tak payahlah beli,sehingga sanggup jual organ.-sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011-








No comments:

tweet

more yakin world popular posts