Satu kejadian yang menggemparkan penduduk di Afrika Selatan apabila dua bayi ditemui mati di makan seekor tikus raksaksa!
Tikus raksaksa yang membunuh bayi-foto Daily Mail
Menurut penduduk setempat tikus ini sebesar kucing,oleh kerana dengan ukuran saiz yang begitu besar,tikus raksaksa ini memakan mangsa yang lebih besar,bayi!Penulis pun rasa menggerikan kerana jarang kita dengar berita sebegini...Menurut penduduk itu lagi,bulan ini telah terjadi dua kejadian yang menngerikan,dua bayi telah ditemui mati dalam dua kejadian yang berasingan.
Bayi berusia 3 tahun Lunathu Dwadwa telah ditemui pada 29/05/2011(Ahad) oleh penduduk di kawasan pembuangan sampah dengan keadaan yang amat menggerikan,dagingnya habis dimakan,matanya dan seluruh anggota bayi itu menjadi mangsa tikus raksaksa itu.
Menurut ibu Lunathu(3tahun),"Saya tidak dapat melupakan keadaan anak saya ketika ditemui,matanya terkeluar,wajahnya rosak dari alis hingga kepipinya.Ibu bayi Bukiswa Dwadwa(27tahun) itu menyatakan,dia tidak mendengar tangisan atau jeritan anaknya."Tiada binatang lain yang melakukannya,pasti tikus raksaksa."kata ayah bayi itu Mncedisi Mokoena.
Satu lagi kejadian berlaku di Soweto tidak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.Menurut pihak polis selepas kejadian bayi Lunathu,mereka menerima panggilan kejadian yang sama,satu lagi bayi mati dimakan tikus!Kata seorang pegawai polis Bongai Mhlongo.
Kata polis itu,mereka menahan ibu bayi tersebut diatas tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian.Menurut polis,bayi tersebut mati diserang sekumpulan tikus ketika ditinggalkan oleh ibunya yang masih remaja.
Pada bulan lalu,seorang lelaki tua Nornathemba Joyi (77tahun),juga mati diserang sekumpulan tikus yang memakan sebahagian wajahnya.
Tikus-tikus Raksaksa ini kebiasaanya ditemui di tempat pembuangan sampah,ia boleh membesar sehingga 1meter dari muncung mulut sehingga keekornya.Gigi depan tikus ini sepanjang 2.5cm.
Antara jenis tikus raksaksa ini ialah,African Giant Pouched Rats,salah satu tikus yang terbesar didunia!Tikus jenis ini bergiat aktif pada waktu malam,memakan semua jenis makanan,dan ada sesetengah suku kaum di Afrika Selatan membiak tikus ini untuk dimakan!
Penulis rasa kalau kita tidak mengamalkan kebersihan dengan membiarkan sampah dibuang merata-rata dan tanpa pengawalan yang baik,kemungkinan tikus-tikus akan bermaharajalela.Penulis pun pernah nampak tikus yang agak besarlah kat KL tapi tempatnya taknaklah penulis bagi tau,terkejut jugaklah...maklumlah time tu tengah makan,bila penulis tanya orang ramai kat situ diaorang bagitau,"Biasalah" :)Jangan sampai kejadian seperti apa yang berlaku diAfrika Selatan tidak mustahil boleh berlaku kat Negara kita.
-sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLD @2011-
No comments:
Post a Comment