nuffnang add

Saturday, June 4, 2011

JUTAWAN DARI INGGERIS YANG BUTA HURUF

WORLD: INFORMATION


Penulis ingin berkongsi dengan readers yang dihormati semua,berita ini tentang seorang jutawan dari Inggeris yang mengaku buta huruf.Penulis tertarik dengan berita ini kerana sesiapa pun boleh berjaya jika yakin dengan kebolehan dan bakat masing-masing.


Memetik sebuah berita dari London,lelaki ini Andreas Panayiotou memiliki  sejumlah aset harta bernilai 400 juta poundsterling dan menduduki tempat ke 200 senarai orang terkaya di Inggeris. Pada Jumaat (3/6/2011), dia membuat pengakuan yang mengejutkan. "Saya tidak boleh membaca," katanya.



Jutawan Inggeris-Andreas Panayiotou


 Panayiotou tidak menafikan bahwa dia memang amat benci membaca sewaktu masih kecil. "Jadi setelah dewasa saya mempunyai beberapa cara tertentu untuk menghindarinya."Ayah lima orang anak itu bukannya tidak mahu belajar membaca. "Waktu kecil saya berusaha keras agar dapat membaca," kata lelaki 45 tahun itu. Dia memutuskan untuk berhenti sekolah pada umur 14 tahun.
Jadi dia mempunyai helah tersendiri untuk menunjukkan kelemahannya itu. "Saya memiliki daya ingatan yang luar biasa, "photographic memory". Saya mengenali bentuk untuk mengenali sebuah kata, tanpa perlu saya membacanya," ujarnya.

Di jalan raya misalnya, selain menghafal tanda lalu lintas, dia menghafal bentuk kata nama jalan ataupun nama bandar. Sayangnya, helah itu tidak berkesan pada setiap perkara. "Kalau ada nama belakang baru yang saya tidak mengenali, saya tidak mungkin dapat membacanya. Begitu juga dengan mengisi borang seperti pasport. Mengisi borang memang saya anti," ujar lelaki yang pernah menjadi peninju itu.

Meskipun memiliki kekurangan yang kira amat penting seperti itu, dia berjaya membangunkan sebuah empayar perniagaan yang mengkagumkan. Di usia muda, anak pendatang Yunani itu membeli sebidang tanah kecil di Islington. Perlahan-lahan dia membangunnya menjadi tempat Apartment. Dari situlah perniagaannya berkembang. Pada tahun 2007, dia berjaya menjual beribu lot rumah. Kini perhatiannya beralih ke perniagaan perhotelan.

Perusahaannya, The Ability Group, kini memiliki tujuh hotel. Yang paling tersohor adalah Hotel Waldorf-Astoria London bernilai 70 juta poundsterling. Dia juga akan menjual "rumah termahal di Inggris", sebuah aset hartanah yang baru diubahsuai di Hamstead. Dia berharap rumah itu akan terjual dengan harga 100 juta poundsterling.

Rumah persendiriannya di Epping Forest seluas 8 hektar. Dia juga memiliki tiga pesawat peribadi dan sebuah kapal pesiaran.
Dia yakin kejayaannya adalah gara-gara "disleksia" kerana dengan kekurangannya itu, dia haruslah memastikan dirinya untuk bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain. "Semuanya,di atas dorongan kuat untuk membuktikan bahawa saya amat bererti,disiplin yang sangat ketat, dan berbangga di atas apa yang sudah saya capai merupakan hasil dari perasaan malu dan kekurangan yang saya alami kerana tidak setanding dengan kanak-kanak lain yang boleh membaca," Panayiotou mengakui.

"Dengan menukar "disleksia", Anda berjaya mengembangkan bakat lain. Saya melatih fikiran supaya memiliki daya ingatan yang kuat. Kita jadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah kerana fikiran kita dipaksa bekerja untuk memahami apa yang terjadi di persekitarab kita."

"Fikiran kita selalu berusaha, berusaha, dan terus berusaha! Kita akan jadi lebih kuat kerana belajar mengatasi masalah merupakan sebahagian dari kehidupan," katanya.
Panayiotou kini terlibat aktif dalam Syarikatnya untuk mengatasi buta huruf. "Kemampuan membaca merupakan hal yang amat penting seperti makan," Menurutnya.

Penulis berharap berita ini akan menjadi perangsang dan semangat pada kita semua dan penulis sendiri untuk meneruskan dalam apa-apa juga bidang yang kita ceburi untuk menuju kejayaan.Semua manusia memang diberi peluang,samaada kita mahu mengambilnya atau tidak,terpulang pada diri masing-masing.-sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts