nuffnang add

Friday, June 3, 2011

SEMBILAN DAKWAAN KEATAS PENJENAYAH PERANG SERBIA-BOSNIA RATCO MLADIC

WORLD:BREAKING NEWS



Sembilan dakwaan sudah menanti kepada penjenayah perang Jenderal Ratco Mladic. Penjenayah perang itu untuk pertama kali dihadapkan ke muka pengadilan Mahkamah Jenayah Perang Antarabangsa di Den Haag, Belanda, pada Jumaat (3/6/2011).








Sekurang-kurangnya, ada sembilan pendakwaan yang mensabitkan bekas panglima tentera Serbia-Bosnia ini, antaranya penghapusan etnik muslim Bosnia, penganiayaan, pemusnahan, pembunuhan, pengusiran, tindak-tindakan tidak berperi kemanusiaan, pengganas, ugutan, dan penderaan. Para hakim mendakwa Mladic menjadi perancang pembunuhan hampir 8.000 lelaki dewasa dan remaja lelaki Muslim Bosnia di Srebrenica pada 1995, sebagaimana laporan AP,AFP, dan Xinhua.

Dalam sidang mahkamah tersebut, Mladic sempat mengatakan, dia tidak akan mengajukan apa-apa pembelaan terhadap dakwaan yang mendakwa dirinya tak bermoral dan menakutkan. Sebelumnya, Pemerintah Serbia menangkap Ratco Mladic pada bulan lalu setelah didakwa sebagai penjenayah perang yang amat dikehendaki selama lebih 16 tahun Ratco menjadi pelarian. "Saya membela rakyat dan negara saya," bela Mladic.-sumber antarabangsa-


Selain tragedi Srebrenica, yang merupakan kejahatan perang paling mengerikan di Eropa sejak Perang Dunia II, Jenderal Mladic juga didakwa atas pengepungan kota Sarajevo sejak Mei 1992. Selama kota tersebut dikepung, sekitar 10.000 orang terbunuh.

No comments:

tweet

more yakin world popular posts