Berita kematian seorang budak lelaki yang berumur 3 tahun ditinggalkan di dalam sebuah kereta yang panas,telah ditemui mati di Bahagian Tengah Negeri Texas AS.Pada bulan Jun 2011,ini adalah kes yang keempat kanak-kanak mati ditemui didalam kereta kerana ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibubapa atau penjaga.-berita lanjut-
Kanak-kanak berumur 3 tahun yang ditemui mati di dalam kereta pada Tengahari Ahad lepas menurut pihak berkuasa.Amat menyedihkan kerana kanak-kanak tersebut ditinggalkan didalam kereta,dimana suhu pada ketika itu amat panas iaitu mencecah 98 darjah Celsius!
"Ini adalah mimpi ngeri,''Saya tidak dapat menggambarkan peristiwa ini boleh berlaku,tetapi malangnya ia telah terjadi,"kata seorang Pegawai Sheriff Guadalupe County,Sheriff Arnold Zwekie.
Menurut laporan pihak berkuasa,bapa kanak-kanak tersebut pada mulanya tidur bersama anaknya didalam rumah setelah balik dari sebuah gereja.Apabila ayahnya terbangun dari tidur mendapati anaknya tiada dirumah.Setelah berusaha mencari anaknya,rupa-rupa anaknya berada didalam sebuah kenderaan SUV di tepi jalan serta ditemui sudah meninggal dunia kerana suhu didalam kereta terlalu panas.
Mengikut kajian KidsAndCars.org suhu tubuh badan kanak-kanak meningkat 3 ke 55 kali lebih cepat didalam sesebuah kenderaan terutamanya kenderaan yang panas dibandingkan dengan suhu tubuh badan orang dewasa.
Menurut kajian itu lagi,Bayi atau kanak-kanak boleh mati dalam 15 minit,walaupun suhu pada cuaca 75 darjah..
Pada tahun lepas di AS,49 orang kanak-kanak telah mati ditinggalkan didalam kenderaan yang panas,ini adalah rekod yang tinggi.
Texas adalah penyumbang kadar kematian tertinggi di AS kanak-kanak mati didalam suhu kereta atau cuaca yang panas,ini adalah kes yang ke-4.
KidsAndCars.org telah merekodkan 500 kes kematian kanak-kanak didalam kereta yang panas di AS sejak 1998.
Menurut Khidmat Pelindungan Kanak-kanak AS,mereka akan menyiasat kes ini,tetapi kes ini adalah satu kemalangan yang berkaitan dengan cuaca yang panas.Mereka tidak mempunyai rekod sejarah keluarga mangsa.
Penulis berharap berita ini boleh menjadi iktibar kepada ibu bapa atau penjaga agar jangan sewenangnya meninggalkan anak-anak atau kanak-kanak bersendirian didalam kenderaan,kadang-kadang ada sesetengah ibubapa atau penjaga kerana mengejar masa terutamanya ketika membeli barangan dikedai,meninggalkan kanak-kanak didalam kenderaan tak kisah apapun suhu cuaca ketika itu,kerana kanak-kanak belum dapat berfikiran atau daya ketahanan tubuh badan mereka tidak sama dengan orang dewasa.-YAKIN WORLD @ 2011-
No comments:
Post a Comment