Kisah pelik ini terjadi di Refugio County Texas AS pada 14/06/2011.Memetik laporan berita AP(Associated Press),seorang lelaki Texas AS tiba-tiba mati ketika sedang merogol seorang wanita yang sudah bergelar nenek berumur 77 tahun!-ikuti kisah lanjut-
Isabel Chavelo Gutierrez 53 TAHUN-SUSPEK YANG MATI KETIKA MEROGOL NENEK TUA 77 TAHUN
Pihak Penyiasat Polis Texas telah mengesahkan suspek yang tiba-tiba mati ketika sedang beraksi merogol seorang perempuann tua dari Selatan Texas ialah Isabel Chavelo Gutierrez 53tahun.Kes tersebut telah disiasat oleh Jabatan Sheriff Refugio County Texas.
Seorang Sheriff berpangkat Sarjan,Gary Wright mengatakan kejadian tersebut berlaku setelah lelaki itu pada sebelum kejadian telah berbasikal sejauh 2 batu dari rumahnya menuju kerumah mangsa iaitu nenek tua tersebut di sebuah penempatan komuniti kecil di Tivoli.
Menurut laporan berita itu lagi,nenek itu memberitahu ketika lelaki itu merogolnya,dia tiba-tiba terbaring dalam keletihan dan terus mati.Melihat keadaan itu,nenek tersebut terus menghubungi anaknya dan pihak Polis.Menurut pihak Polis Texas,lelaki suspek sebelum ini mempunyai rekod Jenayah lampau dan masih dibawah Parol atas kesalahan melakukan Jenayah Seksual keatas kanak-kanak.
Sgt.Wright memberitahu,suspek 5'7'' berat badannya 230-250pound,telah menyelinap masuk kerumah mangsa sebelum mengancam mangsa menggunakan pisau kecil dan merogol mangsa.Peristiwa tersebut berlaku pada 2 Jun 2011.Mayat suspek telah dibawa ke Nueces County Medical Examiner Corpus Christi untuk bedah siasat.Macam-macam lah manusia ni,natijah terlampau mengikut nafsu serakah,hinggakan seorang perempuan tua yang sudah bergelar nenek pun sanggup dirogol!-YAKIN WORLD @ 2011-
No comments:
Post a Comment