Berita yang penulis hendak kongsikan ini ialah dari media Cairo Mesir,seorang Jeneral telah membuat satu pengakuan yang amat mengejutkan,memberitahu mengakui bahawa tentera Mesir semasa pemberontakan rakyat Mesir March 2011 lepas ada membuat pemeriksaan keperawanan atau "dara" penunjuk perasaan wanita-wanita yang ditahan.
Semasa demonstrasi bulan March 2011 lepas,puluhan ribu rakyat Mesir telah melakukan pemberontakan yang menuntut Hosni Mubarak berundur,pihak Amnesty telah membuat tuduhan bahawa tentera atau pihak keselamatan Mesir telah melakukan serangan seksual,memukul,dicucuh dengan elektrik,diperiksa dalam keadaan bogel,serta dipaksa melakukan pemeriksaan "dara" keatas penunjuk perasaan wanita.
Pengakuan seorang Jeneral seperti yang dilaporkan media negara itu adalah yang pertama di buat oleh seorang pegawai tentera berpangkat tinggi.Menurut Jeneral tersebut,mengakui ada menahan 17 wanita penunjuk perasaan kerana semasa ditahan wanita tersebut bercampur gaul dengan penunjuk perasaan lelaki,botol arak bersama mereka dan oleh sebab itu mereka dipaksa untuk melakukan ujian dara atau keperawanan mereka,mereka bukan perawan lagi".kata jeneral tersebut.
Jeneral itu memberitahu dalam wawancara dengan CNN,mereka tidak mahu dituduh telah melakukan deraan seksual ataupun merogol,cuma kami mahu membuktikan wanita-wanita penunjuk persaan tersebut tidak perawan lagi".
Demostrasi itu yang terjadi di lapangan Terbang Tahrir.Salah seorang penunjuk perasaan wanita itu Salwa Hosseini,menceritakan detik beliau ditahan,"saya dipaksa berbaring di tanah,diberi kejutan elektrik dan dipaksa membuat pemeriksaan perawn".-sumber berita antarabangsa-YAKIN @ 2011
No comments:
Post a Comment