nuffnang add

Thursday, May 19, 2011

DI GIGIT ULAR DAPAT DIPULIHKAN DENGAN "ADRENALIN"

WORLD:MEDICAL TECH.


Entry yang hendak penulis kongsikan bersama ini ialah penemuan terbaru oleh Universiti Kelaniya Sri Langka mengenai gigitan ular berbisa.




Pesakit yang digigit ular berbisa biasanya diberikan antivenom, penawar racun ular, tetapi ubat ini sering menimbulkan reaksi alergi yang cukup teruk. Untuk mengatasinya, para peneliti menyarankan pemberian adrenalin pada mangsa gigitan ular sebelum mereka diberi antivenom.






Dalam penelitian terhadap 1.000 orang yang dibawa ke rumah sakit akibat digigit ular berbisa di Srilanka, diketahui mereka yang diberi adrenalin dosis rendah segera sebelum diberi antivenom, reaksi alerginya berkurang hingga 43 % dalam satu jam dan turun 38 % dalam 48 jam.



kesan gigitan ular berbisa

kesan gigitan ular pada bahagian tangan

Sementara itu pesakit dalam kumpulan terkawal yang diberikan promethazine, hydrocortisone atau plasebo, tidak menunjukkan manfaat yang sama.
Para peneliti menegaskan pentingnya hasil penelitian ini, terutama di negara di mana kes gigitan ular masih menjadi masaalah kesihatan dan sering terjadi alergi reaksi antivenom karena sebahagian besar mengakibatkan kematian.

gigitan ular pada tangan mangsa

"Pada masa sekarang belum ada tindakan dari ahli saintis yang membuat antivenom atau peraturan dari WHO untuk meningkatkan mutu antivenom. Sampai sekarang, kami boleh menunjukkan terapi awal dengan pemberian hormon adrenalin dosis rendah yang boleh efektif dan sesuai untuk mencegah reaksi akut pada antivenom," kata pengkaji dari Universiti Kelaniya, Srilanka.-sumber berita antarabangsa-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts