nuffnang add

Thursday, May 19, 2011

JAPAN TSUNAMI 2011 PHOTO'S/FOTO-FOTO TSUNAMI 2011

WORLD:JAPAN TSUNAMI 2011/JAPAN EARTHQUAKE 2011 (DISASTER)

Walaupun bencana Tsunami yang menimpa negara matahari terbit Jepun sudah berlalu,penulis ingin berkongsi foto-foto semasa bencana Tsunami itu berlaku..




Bencana Tsunami yang ganas terjadi oleh sebab gempa bumi yang melanda pantai sebelah timur Jepun pada bulan March 2011 Jumaat adalah sebuah bencana yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Jepun dan dunia amnya selepas bencana Tsunami yang melanda Aceh.






Bencana Tsunami tersebut telah mengorbankan ribuan nyawa,harta benda seperti menghanyutkan kapal,rumah,kereta dan menyebabkan kebakaran yang diluar kawalan.Tidak berapa lama selepas Tsunami yang melanda Jepun,bencana Tsunami itu terus merebak dan melanda kepulauan Hawaii tetapi tidak menyebabkan kerosakan yang teruk seperti yang dialami oleh Jepun.

Amaran Tsunami tersebut diseluruh kawasan Pasifik meletakkan keadaan berjaga-jaga kepada Amerika Selatan,Canada,Alaska dan pantai barat seluruh Amerika Syarikat.Manakala di kawasan pantai timur laut Jepun daerah sekitar loji tenaga nuklear di evakuasi setelah pendingin reaktor nuklear terbakar dan sampai sekarang loji nuklear tersebut masih dalam pemerhatian.

Kekuatan gempa bumi tersebut pada 8,9 skala Richter di luar pantai Jepun mengakibatkan Tsunami terjadi setinggi 23-kaki (tujuh meter) dan disusuli oleh 50 gempa bumi dalam kekuatan 6,0.Gempa bumi itu adalah 8,000 kali lebih kuat dari gempa bumi yang melanda New Zealand yang telah menghancurkan bandar Christchurch sebelum ini.Kita semua berharap agar rakyat Jepun tabah dalam menghadapi bencana tersebut.Seperti yang kita sedia maklum Jepun adalah sebuah negara yang kerap di landa gempa bumi tetapi tidaklah sehebat gempa bumi ini yang mengakibatkan terjadinya Tsunami serta mengorbankan banyak nyawa..

















Para ilmuwan khususnya pakar  di berbagai belahan dunia masih terus menganalisis punca gempa dahsyat berkekuatan 9 yang menggoncang Jepun, Jumaat (11/3/2011). Gempa dengan kekuatan sebesar itu memang jauh di atas anggaran para pengkaji.

Hasil analisis gempa di Jepun yang dilakukan Miaki Ishii dari Harvard Seismology menunjukkan    kekuatan Tsunami yang berlaku pada Jumaat  (11/3/2011).


Sepanjang sejarah berlakunya gempa bumi secara intensif, gempa bumi tersebut merupakan yang paling kuat. Gempa bumi dengan kekuatan yang hampir sama terakhir terjadi lebih dari 1.000 tahun lalu, yakni gempa bumi pada tahun 869 yang dianggarkan berkekuatan 8,4 skala Richter.

inilah yang membuat para pakar masih terus memikirkan kenapa gempa tersebut boleh terjadi begitu ?
Professor Yugi Yaji dari Universiti Tsukuba berpendapat, gempa bumi yang diberi nama rasmi gempa bumi Tohoku-Chiho Taiheiyo-Oki terjadi akibat pergerakan di beberapa kawasan sekitar sumber kekuatan gempa bumi (focal point) secara berkaitan antara satu sama lain.

 Menurutnya, hal tersebut yang mungkin boleh menimbulkan kekuatan gempa yang hanya boleh terjadi setiap sekitar 1.000 tahun sekali.
Gempa tersebut terjadi di zone subduksi atau pertemuan secara letusan akibat dicetuskan oleh pergerakan Letusan Pasifik yang menyebabkan Letusan Amerika Utara. Letusan Pasifik yang tak kuat menahan desakan tersebut akhirnya roboh.

"Bahagian yang runtuh sepanjang 500 kilometer dan selebar 100 kilometer jatuh hingga setinggi 8 meter. Beberapa kawasan di Prefektur Fukushima sangat runcing, boleh dianggarkan bahawa beberapa wilayah bergerak bersamaan," katanya
.
Yaji mengatakan, gempa akibat mekanisme ini bukanlah yang pertama kali terjadi. Gempa Cile yang terjadi pada tahun 1960 dan gempa Sumatera yang terjadi 26 Desember 2004 juga disebabkan oleh mekanisme serupa.

Para ahli saintis sendiri sebenarnya telah menjangka gempa dahsyat akan terjadi di wilayah sekitar zone tersebut, namun dianggarkan hanya berkekuatan 7,5-8 skala Richter. Namun, gempa yang terjadi Jumaat 11/03/2011 itu ternyata lebih besar dengan tenaga seismik 90 kali lebih besar dari perkiraan. tenaga seismik yang dilepaskan dalam gempa tersebut 180 kali lebih besar dari gempa besar Hanshim yang menghancurkan Kobe tahun 1995 dan menimbulkan korban jiwa 6.000 orang.

Takashi Furumura, profesor dari Universiti Tokyo, mengatakan, gempa Jumaat itu boleh jadi gempa maksimum yang menggegarkan Jepun. Gempa tersebut mungkin didorong gempa bermagnitude 7,2 yang menggegarkan Miyagi August 2005 lalu. Sebab berdekatan dengan pusat gempa tersebut adalah pusat gempa Miyagi.

Para pakar bencana gempa bumi Jepun pada masa sekarang pun masih terus memantau bencana gempa raksasa tersebut. Meskipun dianggarkan tidak akan muncul gempa sebesar itu lagi dalam waktu terdekat, perubahan struktur letusan tersebut dapat mengaktifkan patahan-patahan di sekitarnya dan mencetuskan gempa berikutnya. Tidak hanya gempa susulan, tapi juga gempa di daratan.-penulis-



No comments:

tweet

more yakin world popular posts