nuffnang add

Tuesday, May 31, 2011

IRAN HALANG PESAWAT JERMAN

WORLD: BREAKING NEWS


Menurut media India,sebuah pesawat Jerman yang membawa penumpang Chancellor Jerman Angela Merkel telah dihalang daripada melalui ruang udara Iran menyebabkan pesawat itu yang dalam perjalanan menuju New Delhi telah terlambat pada 31/05/2011.



Chancellor Angela Merkel

Oleh kerana halangan Iran pesawat Jerman tersebut terpaksa menukar arah ke ruang udara Turki selama 2 jam berlegar-legar diruang udara Turki.Seorang jurucakap Chancellor Angela,mereka tidak pernah melalui perkara seperti itu,tapi beliau menolak untuk mengkritik Iran.Dia hanya menyebut insiden itu sebagai tidak normal.

Wartawan Reuters yang mengikut rombongan tersebut,memberitahu Iran menghalang pesawat mereka melalui ruang udara Iran sedangkan sebelum ini telah dibenarkan.Setelah perbincangan kementerian luar Jerman dan Pemerintah Turki selama 1 jam,barulah pesawat tersebut dibenarkan kembali melalui ruang udara Iran seterusnya menuju ke New Delhi India.

Pejabat di Jerman menyebut insiden tersebut sebagai masaalah koordinasi.Penumpang didalam pesawat itu turut serta dalam rombongan Chancellor Angela ialah beberapa ahli perniagaan dan wartawan.

Angela dan rombongannya bakal bertemu anggota senior Pemerintah India pada Selasa sebagai pertemuan konsultansi Jerman-India.Menurut seorang wartawan Reuters dalam Twitter nya,"perjalanan yang tidak normal",Iran menghalang pesawat Chancellor melalui ruang udaranya dan terlambat mendarat di New Delhi.

Sebelum ini Kesatuan Eropah telah meneruskan sekatan ekonomi keatas Iran.Sekatan Eropah terjadi kerana sebelum ini para pejabat Iran telah bertemu dengan pihak India mengenai pembayaran minyak oleh India sebanyak 12 juta U.S Dollar.Iran membekal minyak kepada India sebanyak 400,000 barrel minyak setiap hari,hanya mencukupi keperluan minyak India sebanyak 12 peratus.

Menurut media itu lagi pihak Jerman membenarkan India membayar minyak kepada Iran melalui Bank EIH yang berpusat di Hamburg. Perjanjian perniagaan Iran sebelum ini di meterai dengan Bank EIH.Tetapi pada awal bulan April,India menghentikan pembayaran minyak kepada Iran melalui Bank EIH kerana Bank EIH telah dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah.
-sumber berita antarabangsa-YAKIN @ 2011-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts