nuffnang add

Wednesday, June 1, 2011

Singapore to have one of the highest defence budget in the world in 2009

WORLD:INFORMATION


Penulis ingin berkongsi maklumat dari The Online Citizen.Com:LINK,yang melaporkan Singapura antara negara mempunyai bajet untuk pertahanan tertinggi di dunia pada tahun 2009.



DEFENCE SPENDING AROUND THE WORLD

Laporan itu menyebut S'pore membelanjakan hampir U.S Dollar 11.4 Billion ataupun 6% dari GDP(Keluaran Dalam Negara Kasar) pada tahun 2009.Jumlah ini adalah yang terbesar didalam sejarah pembelanjaan untuk pertahanan S'pore.

Negara tersebut terus kekal stabil sebagai negara yang memperuntukkan bajet untuk pertahanan paling besar di Wilayah Asia Pasifik.Walaupun S'pore mempunyai populasi penduduk yang kecil tetapi negara itu terus fokus untuk mengekalkan perbelanjaan dalam membeli senjata yang canggih dan hebat.Mereka terus mengekalkan membelanja bajet 4% dari GDP(KDNK) untuk pertahanan.

Menteri Pertahanan S'pore Teo Chee Hean memberitahu,telah mengumumkan bajet untuk pertahanan negara itu akan mencecah U.S Dollar 11.4 Billion iaitu 6% dari GDP (KDNK) pada tahun 2009.Menteri Pertahanan itu menyatakan mereka akan menekankan dalam mengekalkan dan meningkatkan tahap pertahanan negara itu utk kestabilan politik di Wilayah Asia Pasifik.

Pada bulan Febuari 2009 Pasukan Tentera Singapura(SAF/Singapore Armed Forces) mengumumkan akan mengambil bahagian dalam operasi yang diketuai AS di Teluk Aden iaitu dalam pencegahan lanun di kawasan itu.

Semasa latihan bersama di Laut Arab,Laut China Selatan dan laut Merah bagi mengawal laluan kapal perdagangan dari ancaman lanun mereka telah menyediakan Kapal Pengangkut Pesawat,Helikopter dan 200 anggota.Latihan bersama itu turut disertai 45 kapal perang Eropah,China dan Malaysia.

-sumber:LINK YAKIN WORLD @ 2011-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts