nuffnang add

Wednesday, June 1, 2011

PENJENAYAH PERANG SERBIA-BOSNIA RATCO MLADIC TINGGAL DI PENJARA MEWAH

WORLD:SERB-BOSNIA WAR CRIME'S ( RATCO MLADIC)


Penulis rasa geram dan marah,mungkin anda pun rasa begitu..mana taknya media Belanda melaporkan penjenayah perang Serbia-Bosnia yang telah mengarahkan pembunuhan 8,000 etnik Muslim Bosnia pada Julai 1995 Ratco Mladic tinggal di sebuah penjara di Scheveninghen di Den Haag Belanda utk para penjenayah perang tapi diberi keistimewaan tinggal di "Penjara Hotel 5 star"!Tak setimpal dgn jenayah yg "haiwan" Ratco ni dah buat!



penjara bak hotel 5 star ni bakal tpt tinggal Ratco Mladic,siap ada set PC Komputer gitu..Setiap sel penjara dilengkapi almari,rak buku,komputer,set telefon.Meskipun tahanan dikawal dgn ketat tahanan msh dibenarkan menggunakan komputer siap bleh layan facebook lagi..tak patut,tak patut!

REKOD JENAYAH RATCO MLADIC

SI KEJAM RATCO MLADIC(GAMBAR TENGAH)

PERKUBURAN 8,000 MUSLIM BOSNIA YG MENJADI KORBAN KEKEJAMAN JENERAL SERBS-RATCO MLADIC

KAWASAN PENEMUAN MANDSA KORBAN 8,000 MUSLIM YG DIBUNUH KEJAM TENTERA SERBS RATCO MLADIC

Untuk maklumat readers penjara Sheveningen  terletak tak jauh dari pantai yang menjadi sekarang ini menjadi "rumah" bagi bekas panglima perang Serbia Ratco Mladic serta rakannya yg sebelum ini sudah ditangkap Radovan Karadzic yg sekarang tengah diadili.


imej penjara Sheveningen Den Haag Belanda

Antara tahanan penjenayah perang lain ialah Charles Taylor bekas presiden Liberia yang didakwa atas tuduhan pemerkosaan,pembunuhan,seksual kanak-kanak ketika beliau mengendalikan lombong berlian di Sierra Leon.Panglima perang Kongo Thomas Lubanga turut ditahan di penjara tersebut atas kesalahan merekrut kanak-kanak utk menjadi tentera.

Mladic, bekas pemimpin militer Serbia Bosnia, tiba di Den Haag, Selasa (31/5/2011), untuk menghadapi tuduhan genosida dan kejahatan perang setelah hampir 16 tahun dalam pelarian.
Meskipun menjadi rumah tahanan bagi para pelaku genosida, penjara Scheveningen tergolong mewah. Sebutannya saja "Hilton Den Haag". Penjara ini dibangun di samping sebuah penjara tua tempat para pejuang Belanda dipenjara oleh Nazi.



Lokasinya hanya 2 kilometer dari pantai, tempat para usahawan terkenal Belanda membangun properti mahal dengan pemandangan ke arah laut yang indah.
Setiap tahanan ditempatkan di sebuah sel berukuran 10 meter persegi. Mereka tidak berkongsi tempat tidur dan harus tinggal di bilik tidur itu dari pukul 21.00 malam hingga 07.30 pagi. Selama itu mereka boleh menikmati siaran TV, membaca, atau mempelajari kes masing-masing.
Setiap sel dilengkapi tempat tidur, rak buku, almari, toilet, dan set telefon satelit.Meskipun harus melalui pengawasan petugas. Tahanan juga boleh menggunakan komputer untuk mempelajari kes, namun mereka tidak boleh mengakses internet ataupun surat elektronik (e-mail)tipu jer tu,takkan guna komputer xder line internet?
Para tahanan mendapat kesempatan bergaul dengan tahanan lain pada siang hari. Pakaian mereka bebas, bukan seragam tahanan.
Namun di bahagian yang menjadi tempat tokoh bekas politik Yugoslavia ditahan, politik dan kes undang-undang menjadi bahan larangan bualan. "Ada peraturan ketat di rumah tahanan ini, pembicaraan soal politik atau kes tidak diperbolehkan," kata Sefer Halilovic, bekas jenderal Muslim Bosnia yang menjadi suspek pembunuhan rakyat awam Kroasia selama1992-1995. Mahkamah antarabangsa akhirnya membebaskannya dari segala tuduhan.
Media Serbia melaporkan, meskipun mereka saling berbeza pandangan politik, para tahanan yang berseberangan pada perang Balkan 1992-1995, biasa berkumpul selama perayaan keagamaan . Mereka bahkan saling bertukar hadiah.
"Perang memang memisahkan kami dan Den Haag yang menyatukan kami kembali," tulis Halilovic dalam bukunya.
Perbualan antara tahanan biasanya berkisar tentang makanan, keluarga, dan kesihatan, antara lain sukarnya mereka mendapatkan akses ke doktor gigi setempat.
Meskipun lebih mewah dibandingkan penjara lain pada umumnya,  banyak tahanan yang mengeluh hal makanan. Misalnya, sayuran dimasak tetapi masih mentah dan tidak semua orang menyukainya. Meskipun demikian, tahanan boleh menyerahkan daftar belanja dan menyiapkan makanan sendiri.
"Makanannya tidak seperti yang biasa kami makan di Balkan. Sayurannya tidak cukup matang dan kuantitinya terlalu sikit jadi kami harus membeli makanan sendiri," kata Halilovic. Namun kesulitan utama adalah memeriksakan diri ke doktor gigi. Hanya ada satu doktor gigi untuk semua tahanan sehingga daftar barisannya sangat panjang.
Namun semewah apapun, kata Halilovic, "Tetap saja penjara."
Sementara itu, Mladic yang menurut peguamnya mengalami masalah kesihatan, nampaknya bakal mendapat akses kesihatan yang lebih mudah. Pengadilan kejahatan perang tentu tidak ingin seorang tahanan terkenal mereka meninggal dalam tahanan di Den Haag.
Hal itu pernah terjadi pada Slobodan Milosevic, terdakwa genosida dan kejahatan perang lain di Kroasia, Bosnia, dan Kosovo. Milosevic meninggal pada 11 March 2006, beberapa bulan sebelum vonis untuknya dijatuhkan.
Juru bicara pengadilan, Nerma Jelacic, menjanjikan Mladic akan menjalani pemeriksaan kesihatan bila dia tiba di Scheveningen. "Para tahanan boleh menggunakan fasiliti kesihatan penjara, namun bila mereka memiliki masalah kesihatan yang serius, kami boleh menggunakan rumah sakit penjara lain atau rumah sakit umum," jelas Jelacic.


Apa yg menjadi persoalan ialah kenapa pemimpin2 negara Islam lain seperti Sadam Hussein tidak diadili dengan adil di Mahkmah  Pengadilan Antarabangsa Den Haag Belanda?Sadam Hussein telah dihukum gantung tidak berapa lama selepas beliau ditahan AS.Presiden Libya mungkin mengalami nasib yang sama.Sepatutnya Ratco Mladic harus dihukum bunuh!8,000 muslim telah dibunuh dengan kejam!Kita boleh berfikir dengan waras.Kepada pemimpin2 Islam dunia berhentilah bertelagah sesama sendiri,fitnah memfitnah,menjatuhkan sesama sendiri.Walaupun ada perbezaan politik tetapi haruslah berpegang kepada satu kalimah LAILA HAILLALLAH,MUHAMMADAR RASULULLAH!Jangan sampai Islam hanya pada nama pada kad pengenalan masing-masing.-sekadar ingatan kita bersama-

-sumber berita antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011-









No comments:

tweet

more yakin world popular posts