nuffnang add

Wednesday, June 1, 2011

PETANI MEXICO MENJUMPAI BAYI MAKHLUK ASING

WORLD:PARANORMAL( ALIEN BABY FOUND IN MEXICO)


Penulis ingin berkongsi dengan readers YAKIN WORLD mengenai sebuah media di Mexico melaporkan seorang petani telah menjumpai apa yang didakwa sebagai bayi makhluk asing!Sebut alien lah senang,makhluk asing panjang
sangat lol..


imej anak alien terperangkap dalam perangkap binatang petani Mexico

Pada akhir 2009 para saintis memerah otak menyelidiki kes penemuan anak alien ni dan mengejutkan dunia pada masa itu.Satu bangkai apa yang didakwa sebagai anak Alien ni telah diserahkan kepada saintis oleh seorang petani Mexico,Marau Lopez yang menangkap makhluk pada masa itu masih hidup pada tahun 2007.

Petani ini menjumpai anak Alien ni kat perangkap binatang yang dipasangnya.Petani itu menjadi begitu takut,dia terpaksa menyelam makhluk itu kedalam air sungai utk membunuhnya,dia mengambil masa selama 3 jam menenggelamkan makhluk itu barulah ia mati!

Para saintis telah melakukan SCAN dan ujian DNA keatas binatang lain jika ada persamaan tetapi keputusannya mengejutkan mereka kerana makhluk itu tidak diketahui asalnya!Keputusan saintis itu mengejutkan dunia.Makhluk itu mempunyai bentuk tubuh spt cicak,giginya tidak mempunyai akar spt manusia,bahagian belakangnya membonjol serta dapat bertahan didalam air dalam jangka masa yg sangat lama.Otak makhluk itu begitu menonjol dan pastinya makhluk ini sangat bijak,menurut ahli saintis.

Tetapi yg menariknya kisah ini ialah petani yg menjumpai anak alien ni,telah mati dalam keadaan misteri.Petani itu telah dibakar sehingga hangus didalam keretanya ditepi sebuah jalan.Seorang pakar pengkaji UFO Joshua P.Warren mengatakan suhu api didalam kereta tersebut adalah terlampau tinggi dari suhu api biasa.Ada khabar angin mengatakan petani itu telah dibunuh penjaga anak alien ini kerana membalas dendam.

Seorang lagi pakar UFO Jaime Mausann mengatakan cerita ini bukan rekaan kerana ada petani lain telah menjumpai makhluk serupa tapi ia lari apabila didekati.Terdapat penemuan "crope circle" dikawasan penemuan anak alien tersebut tetapi pihak kerajaan Mexico cuba utk menutup dan menyembunyikan kisah ini.Tetapi pada tahun 2007 sebuah website telah mengeluarkan video penemuan makhluk asing ini.(www.bild.de)Serta dimuatkan didalam YouTube.



-SUMBER BERITA MEXICO-YAKIN WORLD @ 2011-



No comments:

tweet

more yakin world popular posts