nuffnang add

Monday, June 13, 2011

MENCARI BUKTI JENAZAH OSAMA BIN LADEN DI LAUT ARAB UTARA

WORLD:BREAKING NEWS


Nampaknya episod kisah salah seorang antara manusia paling berpengaruh abad ini,Osama bin Laden belum menemui tanda noktah akhir,walaupun sudah disahkan terbunuh oleh pihak AS.Apa yang penulis nak kongsikan ialah mengenai seorang pencari harta karun nekad mencari bukti jenazah OBL(Osama bin Laden) di dasar Lautan Arab Utara...-ikuti berita lanjut-





Kapal AS USS Carl Vinson (CVN70) adalah siri yang ke tiga NIMITZ -klass kapal pengangkut pesawat pejuang AS.Nama Carls Vinson diambil sempena nama ahli kongress Georgia Carl Vinson yang telah berkhidmat di US House Representatives selama 50 tahun (1914-1965).Kapal pengangkut pesawat ini yang berkuasa 100,000 tan kuasa nuklear adalah yang pertama di AS diberi nama sempena nama orang yang masih hidup.Ia dibina di Newport News Shipbuilding and Drydock Company.Kapal ini didakwa digunakan untuk membuang jenazah OBL.

Pemburu harta karun ini seorang rakyat AS,Bill Warren memberitahu pihak media pada Sabtu 11/06/2011,dia hendak membuktikan bahawa OBL benar-benar sudah terbunuh,sebab itulah beliau sanggup ke Laut Arab Utara mencari jenazah OBL ni...

Tambah Bill Warren lagi,beliau mahu membuktikan pada dunia bahawa OBL benar-benar sudah mati dan beliau juga mengatakan presiden AS gagal menunjukkan bukti,dia juga berkata dengan tegas bahawa dia langsung tidak percaya kepada pemerintah mahupun pemimpinnya"..Bill Warren telah terlibat didalam bidang memburu harta karun semenjak tahun 1972,antara kapal dari zaman lama yang telah ditemuinya ialah sebuah kapal Inggeeris yang karam diLautan Santa Cruz California AS. 

Dalam usaha Bill Warren  menjayakan dalam apa yang dikhabarkan sebagai 'Mission Impossible" ini,dia menggunakan kapal dengan beberapa teknologi canggih serta beberapa ahli team ekpedisi nya.Kos misi ini dijangka menelan belanja ribuan Dollar AS.

Antara petikan kata-kata si "Pemburu Jenazah OBL" ni,"Saya dan kumpulan pemburu OBL saya akan mencari dan mengangkat jenazah OBL,lalu mengambil fotonya dan diambil video..kemudian terus melakukan ujian DNA,''katanya dengan penuh yakin ketika diwawancara pihak media.

Bill Warren turut membawa set filem kerana dia akan mendokumentarikan episod penjelajahan mereka mencari jenazah OBL.Untuk rekod Kapal Pengangkut Pesawat USS Vinson dikatakan telah menerima jenazah OBL dan membuang jenazah OBL kelaut dari pihak Komando Tentera Laut AS iaitu SEAL mendakwa berjaya membunuh OBL ditempat persembunyiannya di Abbottabad Pakistan pada 2/05/2011 lalu..

Pihak Pentagon menyatakan,jenazah OBL telah diisi didalam guni,diisi pemberat,disembahyangkan,jenazah OBL diletak diatas sekeping papan di gerabak kapal lalu kemudian papan itu diterbalikkan terus dibuang kedalam laut.Perkara ini telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan berbillion umat Islam di seluruh dunia kerana cara pengebumian OBL tidak mengikut cara Islam sebenar.Presiden AS pada masa itu cuma mengulas sedikit memberitahu cara pengebumian OBL sudah memadai mengikut cara Islam.Presiden AS menolak untuk menunjukkan gambar kematian OBL. 

YAKIN WORLD @ 2011

No comments:

tweet

more yakin world popular posts