nuffnang add

Monday, June 13, 2011

TINGGI CUMA PARAS LUTUT,REMAJA FILIPINA 18 TAHUN PALING PENDEK DI DUNIA

WORLD:SHORTEST LIVING MAN ON EARTH

Lelaki Filipina Junrey Balwing secara rasminya dinobatkan sebagai seperti apa yang media antarabangsa gelarkan "Lelaki paling pendek Yang Hidup Di Muka Bumi"("Shortest Living Man On Earth").-IKUTI BERITA LANJUT-

Junrey Balwing dinobat sebagai Lelaki Paling Pendek Di Dunia oleh Guinness World Record pada 12/06/2011 (Ahad)

Tinggi Junrey Balwing ni cuma 23.5 inches (59.93cm) lebih pendek daripada bekas pemegang rekod Guinness World Record sebagai lelaki paling pendek di dunia sebelum ini Khagendra Thapa Magar di mana ketinggiannya diukur 26.4 inches (67.06cm).

Foto ini diambil semasa wakil dari GWR(Guinness World Record) gambar sebelah kiri,dan Pegawai dari Kementerian Kesihatan Masyarakat Tempatan Sindangan menyukat ukuran ketinggian Junrey (gambar tengah) di Sindangan Zamboanga del Norte Bahagian Selatan Filipina pada 12 June 2011 .Junrey Balwing telah disahkan lelaki paling pendek di dunia oleh GWR apabila diukur dengan ketinggian hanya 23.5inches (59.93cm),pada ulang tahunnya yang ke-18thn pada Ahad 12/06/2011.Junrey telah mengatasi rekod lelaki paling pendek di muka bumi sebelum ini rekod dipegang oleh Khagendra Thapa Magar dari Nepal dgn ukuran 26.4inches (67.06cm) iaitu lebih tinggi sebanyak 2.09 inches (7.36cm).

Mengikut laporan media AP,tubuh badan Junrey Balwing telah berhenti membesar setelah 2 bulan dilahirkan,kata ibu bapanya.Doktor mengatakan tumbesaran tubuh badan Junrey telah terhenti berpunca dari jangkitan semasa beliau dilahirkan.Tambah Doktor lagi,Junrey tidak mampu untuk berdiri atau berjalan terlalu lama kerana masaalah lututnya yang lemah.

Nampak cute jer Junrey ni berdiri diantara botol Coca Cola,tinggi Junrey ni tinggi sikit jer dari botol Coke..

-YAKIN WORLD @ 2011-




 



No comments:

tweet

more yakin world popular posts