Arab Saudi adalah sebuah Negara Islam yang mengaplikasi undang-undang Islam sebenar,tetapi ada pihak yang mempertikaikan undang-undang Islam negara tersebut.Terbaru,Amnesty International telah membuat kenyataan pada Jumaat 11/06/2011 meminta Arab Saudi menghentikan perlaksanaan hukuman mati.-ikuti berita lanjut-
Hukuman pancung ini telah dijatuhkan keatas seorang lelaki kelahiran Lubnan,Ali Husyain Sibat yang juga seorang personaliti TV atas kesalahan mengamalkan ilmu hitam/syirik.Hukuman ini telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Arab Saudi dan diperkenankan oleh Raja Abdullah.
Undang-undang Islam di Arab Saudi mengenakan hukuman mati bagi pesalah kesesalahan rogol,pembunuh/membunuh,rompakan bersenjata dan pengedaran dadah.Antara kesalahan tambahan yang boleh dikenakan undang-undang Syariah iaitu mati ialah murtad/keluar dari Agama Islam dan mengamalkan ilmu Sihir/ilmu hitam/syirik.
Apa yang menjadi persoalannya disini apakah maksud tersirat pihak-pihak yang berkenaan untuk mencampuri urusan dalam sebuah negara Islam Arab Saudi.Mekah Al-Mukarramah adalah di Arab Saudi tempat berbillion umat Islam menunaikan Haji setiap tahun,jadi Arab Saudi perlu menjadi contoh kepada negara Islam yang lain diseluruh dunia.Jadi memang relevan negara seperti Arab Saudi melaksanakan hukuman mati keatas pesalah-pesalah bagi kesalahan seperti yang penulis sebutkan tadi.
Penulis mengambil sebuah petikan sebuah website yang mempersenda hukuman mati yang dilaksanakan oleh Arab Saudi,"Saudi Arabia executes (beheads) persons accused of rape, murder, armed robbery and drug trafficking, as well as the additional crimes against Islam, apostasy and sorcery. I understand the severe punishments for the four crimes, but apostasy and sorcery? What century are we living in?
Bagi pendapat penulis,adakah mereka iaitu yang mempertikaikan hukuman mati di Arab Saudi tidak melihat dari perspektif yang luas,keadaan kehidupan di Arab Saudi seperti Mekah dan Madinah,dimana kejadian jenayah amat rendah sekali jika dibandingkan dinegara mereka sendiri dimana seperti negara "Uncle Sam" kes pembunuhan berlaku setiap minit,tidak termasuk kes jenayah lain seperti rogol,rompakan,dadah dan lain-lain..Ini kerana hukuman tersebut bukan dibuat-buat atau direka,ini adalah perintah Allah s.w.t.Hukuman Hudud ini adalah hak Allah, yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan hukum Allah, yang ditentu dan ditetapkan oleh Allah melalui Rasul-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran atau hadith adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melanggar aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.”
Daripada mereka hanya pandai untuk mengkriitik lebih baik mereka kaji dan lihat dari sudut yang positif kewajaran hukuman Islam ini.Tulisan penulis ini sekadar maklumat untuk dikongsikan bersama dan tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak tetapi hak penulis sebagai seorang Muslim .-YAKIN WORLD @ 2011-
No comments:
Post a Comment