Kerajaan Libya menyalahkan NATO diatas pengeboman serangan udara yang memusnahkan kediaman awam di Tripoli,Libya awal pagi tadi,Ahad 19/06/2011.Para wartawan telah dibawa ke Hospital untuk menyaksikan 4 mayat termasuk 2 orang mayat kanak-kanak yang terkorban dalam serangan tersebut.-IKUTI BERITA LANJUT-
Para wartawan yang berpangkalan di Libya telah dikejarkan oleh pegawai kerajaan untuk dibawa ke kawasan bangunan penempatan orang awam di ibu negara Libya yang musnah teruk dibedil pihak NATO awal pagi Ahad 19/06/2011.
Jurucakap Kerajaan,Moussa Ibrahim mengatakan,kemusnahan harta benda dan kematian orang awam adalah disebabkan berpunca oleh serangan roket dan bom oleh NATO.Tambah beliau lagi,tiada pangkalan atau peralatan tentera di kawasan kejadian yang dibedil oleh pihak NATO.
"Mereka sememangnya berniat dan mensasarkan serangan keatas orang awam,"kata Timbalan Menteri Luar Libya,Khaled Khaim dalam lawatan beliau ke tempat kejadian,sejurus dihampiri oleh wartawan."Ini adalah salah satu lagi tanda-tanda Kekejaman Pihak Barat,"!tambah Khaim lagi.
foto AP menunjukkan kawasan awam yang musnah dibedil tentera bersekutu
Menjawab tuduhan oleh pihak Kerajaan Libya,NATO menafikan tuduhan tersebut,kononnya mereka telah dipertanggungjawabkan oleh dunia untuk melindungi rakyat Libya sebagai lesen untuk mereka menyerang Libya serta menjatuhkan pemerintahan Moammar Ghadafy.Sebagai alasan mereka memberitahu,pihak Libya sengaja menggunakan Masjid,kanak-kanak dan orang awam sebagai benteng atau perisai pertahanan.Bagi penulis,dengan pemikiran yang waras,roket dan bom bukan seperti peluru biasa,yang boleh sisasarkan keatas satu-satu "target",kawasan membunuhnya juga amat terhad sekitar 200 ke 300 meter,jika senjata berat seperti GPMG boleh menjangkau 500 meter atau lebih jarak kawasan membunuhnya,tetapi roket serta bom yang digugurkan dari pesawat pengebom atau jet-jet pihak NATO kawasan membunuhnya amat luas!
Senjata M-16 biasanya menggunakan peluru 5.56mm-Jarak Membunuhnya 200-300meter
Senjata Berat Jenis GPMG biasanya menggunakan peluru 7.62mm-Jarak membunuhnya 200-500meter
Amat sukar untuk mengatakan mereka boleh meminimumkan kadar kematian dengan penggunaan senjata berat seperti Roket atau Bom,orang awam tidak akan mampu untuk menyelamatkan diri dan berlindung di sebalik konkrit atau didalam bangunan,kerana Roket dan Bom sememangnya direkacipta khas untuk menghancurkan konkrit atau apa-apa bangunan dan membunuh sesiapa sahaja yang berlindung didalamnya,seperti dalam bahasa Inggerisnya,"No Way To Hide"...
Pada Jumaat lepas,Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa,856 orang awam telah terbunuh semenjak serangan udara oleh pihak NATO yang dilancarkan keatas Libya semenjak bulan March 2011,tetapi angka nyawa orang awam yang telah terkorban belum dapat disahkan kerana tol kematian kemungkinan akan meningkat dari masa ke semasa jika serangan ini berlarutan.
Timbalan Menteri,al-Baghdadi al-Mahmoudi mengatakan,beliau menyalahkan NATO di atas "Kekejaman Alaf Baru"(The New Level of Aggression),beliau juga mendakwa pihak tentera bersekutu sengaja mensasarkan bangunan serta rumah orang awam,termasuk hotel dan Universiti.Dia mahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(United Nation) supaya menghentikan serta merta pengeboman setiap hari oleh NATO.
Pada Sabtu lepas,pihak NATO telah tersilap mengebom kenderaan pemberontak yang disokong oleh mereka untuk menggulingkan pemerintahan Ghadafy selama 4 dekad.Jurucakap NATO memberitahu mereka meminta maaf diatas kesilapan tersebut.
Pemberontak juga menyalahkan pihak NATO,kerana bantuan mereka tidak dapat membantu mereka melawan tentera Kerajaan Libya yang terlatih serta dilengkapi peralatan tentera yang cukup.Tentera Kerajaan Ghadafy masih menguasai sepenuhnya kawasan Barat Libya,sementara pemberontak menguasai kawasan Timur Libya.
Tentera Gabungan termasuk Peranchis,British dan AS,telah mula melancarkan serangan keatas tentera Ghadafy serta mendapat kelulusan Bangsa-Bangsa Bersatu atas lesen untuk melindungi Rakyat Libya bermula pada 19 March 2011,di mana turut disertai sekutu-sekutu dari Negara Arab sendiri.Pihak NATO mengatakan mereka telah mengawal seluruh kawasan udara Libya.
Delegasi dari Negara Arab,Kesatuan Negara Eropah dan Kesatuan Negara Afrika dimana turut disertai Bangsa-bangsa Bersatu dan OIC(Organisasi Perbincangan Negara Islam) telah membuat perjumpaan di Cairo bagi membincangkan perkembangan di Libya.
Ketua Liga Arab,Amr Moussa mengatakan,tujuan mandat NATO bukanlah untuk menghancurkan Rejim Ghadafy tetapi penyelesaian Politik amat diperlukan segera,untuk memulihkan keadaan di Libya,"tambahnya lagi.
Amr Moussa memberitahu,"Situasi di Libya sudah diluar kawalan dan jangkaan,"apa yang penting ialah untuk mempercepatkan penyelesaian Politik serta menghentikan peperangan,"katanya.-sumber berita AP-YAKIN WORLD @ 2011
No comments:
Post a Comment