nuffnang add

Sunday, June 19, 2011

ARAB PANCUNG WANITA INDONESIA

WORLD: BREAKING NEWS:ARAB'S BEHEADED INDONESIAN WOMEN- An Indonesian woman was beheaded by the sword on Saturday after being convicted of murdering a Saudi woman, the interior ministry said.

The woman named Roiaiti Beth Sabotti Sarona, according to a transliteration from Arabic, was found guilty of killing Saudi Khairiya bint Hamid Mijlid by striking her repeatedly on the head with a meat chopper and stabbing her in the neck, the ministry said in a statement carried by the official SPA news agency.


Memetik berita dari Jeddah,seorang wanita Indonesia telah dipancung kepala dengan pedang pada Sabtu 18/06/2011.-ikuti berita lanjut-



ilustrasi-Foto ini semasa Hukuman mati dijatuhkan keatas seorang pesalah rakyat Lubnan




Wanita Indonesia tersebut telah dijatuhi hukuman mati dengan memancung kepalanya diatas kesalahan kerana membunuh seorang wanita Arab Saudi,menurut laporan Kementerian dalam Negeri Arab Saudi.


Wanita Indonesia yang dihukum pancung tersebut bernama Raiaiti Beth Sabotti Sarona,telah terbukti bersalah mengikut undang-undang Syariah Arab Saudi di mana undang-undang Islam di Negara yang mengamalkan Undang-Undang Islam sebenar menghukum mati sesiapa yang sabit kesalahan kerana Membunuh.


Wanita Indonesia terbabit telah didapati bersalah kerana membunuh wanita Arab Saudi,Khairiya binti Hamid Mijilid dengan menyerang mangsa secara berulang kali dengan menggunakan pisau pemotong daging dan menetak mangsa di bahagian leher,menurut laporan Pejabat Kementerian Negara Arab Saudi.


Manakala motif pembunuhan tidak dinyatakan dengan jelas oleh Kementerian Terbabit,tetapi menurut media Indonesia,70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Indonesia yang berkerja di Arab Saudi adalah berkerja sebagai pembantu Rumah.


Hukuman pancung yang dijatuhkan keatas wanita Indonesia ini telah menjadikan angka pesalah yang dihukum pancung meningkat kepada 28 orang,berdasarkan laporan dari AFP,dan beberapa kelompok persatuan hak asasi manusia.


Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di London iaitu Amnesty International,telah meminta pihak kerajaan Arab Saudi supaya menghentikan Hukuman Mati iaitu mereka mempertikaikan hukuman secara Islam yang dijalankan Arab Saudi.(YAKIN WORLD ada memuatkan entry berkenaan pihak Amnesty yang meminta Arab Saudi menghentikan hukuman mati pada post Sabtu 11/06/2011:LINK)


Pihak kumpulan Hak Asasi Manusia tersebut menyatakan,pada tahun 2011,27 orang telah dijatuhi hukuman mati iaitu bersamaan dengan jumalah yang dihukum mati pada tahun 2010.Pada Bulan May 2011,15 orang telah dijatuhi hukuman mati.Manakala pada tahun 2009,67 orang telah dijatuhi hukuman mati berbanding 102 pada tahun 2008.


Menurut Undang-Undang Islam yang dijalankan di Arab Saudi,antara kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman pancung ialah,pemerkosaan(rogol),membunuh,pengedaran dadah,Rompakan Bersenjata,Murtad,mengamal Ilmu Syirik.











No comments:

tweet

more yakin world popular posts