Apa yg hendak penulis kongsikan ialah mengenai kapal angkasa buatan Russia Soyuz TMA 20,telah selamat mendarat ke bumi iaitu di Kazakhstan pada 24/05/2011 Selasa jam 06:27 (waktu tempatan) atau 09:255 (waktu Russia).
foto NASA menunjukkan beberapa saat Soyuz TMA 20 yg membawa 3org anak kapal meninggalkan ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa) dan Endeavour (Kapal Angkasa ulang alik milik AS yg nampak bahagian sayapnya)
Menurut media antarabangsa,kapsul Soyuz TM20 itu membawa Komandan misi itu Dimtri Kondratyev,angkasawan Italy:Paolo Nespoli dan angkasawan NASA Cady Coleman.Mereka telah melakukan misi di International Space Station selama 159 hari.
Kapal angkasa Soyuz TM 20 telah berangkat meninggalkan ISS pada Isnin waktu tempatan GMT 21:35 atau Selasa 04:35 waktu Russia.Kalau kita perhatikan gambar diatas Soyuz TM20 telah meninggalkan Endeavour (kapal angkasa AS yg nampak bahagian sayapnya) kerana masih berlabuh di ISS bersama anggota angkasawannya.
Kapal Angkasa Endeavour milik AS
Para angkasawan Endeavour msh perlu melakukan 2 misi Spacewalk dan Riset di ISS.(International Space Station).Endeavor milik AS dijangkakan akan menamatkan misi mereka dan balik ke bumi pada 06 June 2011.Angkasawan Italy sempat mengambil foto ISS dan Endeavour.Menurut Nespoly (Angkasawan Italy) dia mengambil gambar ISS dan Endeavour kerana kenangan itu tidak akan terjadi lagi.Dia juga mengambil gambar detik Soyuz TM20 mendarat.
Gambar2 yg diambil akan di tayangkan kpd umum mulai esok.Kali terakhir foto ISS diambil pada tahun 1995 iaitu semasa Discovery meninggalkan ISS,foto itu di ambil oleh angkasawan Russia.Pendaratan Soyuz TM20 ke bumi menunjukkan misi yg dipanggil Expedition 27 telah berakhir.
Soyuz akan meneruskan misi ke ISS pada bulan Jun 2011,sementara NASA hanya ada satu lagi misi ke ISS iaitu dgn menggunakan kapal angkasa Atlantis pada masa akan dtg.Ini menandakan berakhirnya era kapal angkasa ulang alik AS.-sumber AP,AFP,NASA-
No comments:
Post a Comment