nuffnang add

Sunday, May 29, 2011

368 ORANG TENTERA BRITAIN TERKORBAN DI AFGHANISTAN

WORLD: INTERNATIONAL NEWS


Semenjak tentera bersekutu melancarkan misi memburu Taliban di Afghanistan spt apa yg dilabel oleh mereka sebagai kumpulan pengganas,pihak Inggeris adalah penyumbang tentera kedua paling ramai selepas AS iaitu 9,500 tentera,yg di ketuai oleh AS.



illustrasi

Jabatan pertahanan Britain melaporkan didalam media di London,terbaru pada 28/05/2011 Sabtu,dua anggota tentera mereka telah terkorban terkena bom yg dipasang oleh Taliban di jalan raya iaitu bom (IED) semasa membuat rondaan di Afghanistan.


Anggota tentera yang terkorban semasa melakukan rondaan memburu gerila Taliban.Jumlah yang terkorban tersebut menjadikan angka tentera Britain yang terkorban meningkat kepada 368 orang semenjak beroperasi mulai Oktober 2001 .Menurut Kementerian Pertahanan Britain,anggota keluarga tentera yang terkorban sudahpun di maklumkan.


Sementara itu satu berita berkait,terbaru dua anggota tentera Jerman telah terkorban dan seorang General telah cedera dalam satu serangan bom berani mati di Afghanistan pada 28/05/2011 lapor Menteri Pertahanan Jerman Thomas de Maizire kepada media di Berlin.


illustrasi AP

Dalam serangan bom itu,seorang ketua balai Polis Afghanistan dan dua orang rakyat Afghanistan telah turut terkorban.-sumber berita antarabangsa-YAKIN @ TM 2011


No comments:

tweet

more yakin world popular posts