nuffnang add

Sunday, May 29, 2011

BEKAS PRESIDEN MESIR HOSNI MUBARAK DIDENDA 540 JUTA POUND MESIR

WORLD:BREAKING NEWS


Media di Cairo Mesir melaporkan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak serta dua orang menterinya dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Pengadilan Mesir 540 juta Pound Mesir(U.S Dollar 90 juta/RM279JUTA) diatas kesalahan mensabotaj ekonomi Mesir.



Bekas Presiden Mesir-perhatikan corak garisan baju mempunyai tulisan Hosni Mubarak

Menurut sebuah media kerajaan Mesir,Hosni Mubarak serta dua orang menterinya telah dituduh memutuskan saluran telefon dan internet semasa berlaku pemberontakan anti pemerintah.Ini adalah pengadilan pertama semenjak Mubarak di tahan.

Denda sebanyak 540juta Pound mesir itu akan diambil dari aset Hosni Mubarak kerana telah menutup saluran telefon dan internet semenjak rusuhan anti pemerintah berlaku pada 25 Januari menurut media Mesir MENA 29/05/2011.

Pada 28/01/2011 Hosni Mubarak telah mengarahkan menutup saluran telefon serta menghalang rakyatnya dari melayari facebook dan twitter dengan menutup saluran internet bagi menghalang rakyatnya memprotes kerajaan didalam laman sosial tersebut.

Bekas presiden itu menghadapai banyak tuduhan seperti mengarahkan menembak pemberontak semasa berlaku rusuhan,rasuah yang boleh dihukum mati.Mubarak dan dua anaknya Alaa dan Gamal pada Selasa lepas telah dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan mengarahkan pembunuhan dan rasuah.

Pada masa sekarang Mubarak didalam tahanan hospital di tempat peranginan Laut Merah Sharm el-Sheikh semenjak kes pertuduhan dijalankan siasatan keatasnya.-sumber berita antarabangsa-YAKIN @ TM 2011- 



No comments:

tweet

more yakin world popular posts