nuffnang add

Sunday, May 29, 2011

WANITA BAKAL PENGGANTI STRAUSS KAHN SEBAGAI KETUA IMF

WORLD: BREAKING NEWS


Setelah ketua IMF Dominique Strauss Kahn menghadapi tuduhan serangan seksual keatas perkerja wanita sebuah hotel di New York,seorang wanita menteri kewangan Peranchis Christina Lagarde telah melobi dirinya sebagai pengganti Strauss Kahn.



Christina Lagarde-Menteri Kewangan Peranchis

Apa yg penulis baca dari sebuah media antarabangsa,menteri kewangan Peranchis Christina Lagarde merancang akan melobi dirinya di Brazil untuk meraih sokongan sebagai ketua Dana Kewangan Antarabangsa IMF pada 30/05/2011 Isnin,menurut kedutaan Peranchis.

Menteri kewangan Peranchis ini dikatakan calon yang sesuai setelah bekas ketua IMF Strauss Kahn mengundurkan diri kerana terbabit dalam satu tuduhan serangan seksual di NY AS.Jelajah menteri kewangan Peranchis itu ke Brazil adalah kerana lawatan ke negara-negara yang ekonomi mereka berkembang yang di gelar BRICS.

Negara-negara yang termasuk didalam anggota BRICS ialah Brazil,Russia,China dan Afrika Selatan.Dalam lawatan menteri kewangan Peranchis itu nanti,akan bertemu dengan Presiden Brazil Guido Mantega,serta bertemu dengan Gabenor Bank Negara Brazil Alexandre Tombini.-sumber berita antarabangsa-YAKIN @ TM 2011-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts