nuffnang add

Saturday, May 14, 2011

Debt crisis could still spread to EU core: IMF | Reuters/KRISIS HUTANG BOLEH MEREBAK KESELURUH NEGARA EROPAH-IMF

WORLD:ECONOMY

Berita reuters,IMF menyatakan krisis hutang boleh merebak ke seluruh Eropah.


The International Monetary Fund's Paul Thomsen walks towards Greece's Interior Ministry in Athens, May 12, 2011.

(REUTERS)-Walaupun bantuan kewangan untuk krisis hutang di Greece,Ireland dan Portugal,krisis kewangan ini boleh merebak keseluruh  Zon Negara-negara Eropah dan bergabung ke Timur Eropah IMF menyatakan pada Khamis lepas.Amaran ini dinyatakan apabila pihak IMF membuat pemeriksaan menyeluruh akauntabiliti kerajaan Greece lapor sumber di kerajaan di Athens.Package menyelamat dari IMF menyatakan masaalah krisis hutang ini memerlukan banyak pemotongan dalam bajet perbelanjaan kerajaan Greece.

IMF menyatakan kerajaan Athens perlu mengemaskini beban hutang mereka selewat-lewatnya hujung tahun ini dan Pengurus Dana memberitahu mereka akan membayar balik separuh daripada hutang mereka.Menteri kewangan 17 negara Eropah telah meluluskan bantuan sebanyak 78 billion Euro kepada Portugal pada Isnin ini selepas Perdana menteri Finland menunggu kelulusan dari ahli dewan parlimen untuk meluluskan bantuan tersebut.

Pasaran kewangan amat bimbang yang Greece tidak mampu untuk membayar balik hutangnya sebanyak 327 billion Euro(USD464 Billion) ,banyak pelabur-pelabur dalam pasaran kewangan mengalami kerugian dari masaalah tersebut.-sumber diterjemah dari reuters-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts