nuffnang add

Saturday, May 14, 2011

AHLI KELUARGA OSAMA BIN LADEN MAHU BUKTI KEMATIAN OSAMA BIN LADEN 5/13/2011


WORLD:BREAKING NEWS

Bin Laden relatives want probe and proof of death.


Penulis  ingin berkongsi berita antarabangsa CNN melaporkan ahli keluarga Osama bin Laden mahu bukti dan penyiasatan menyeluruh kematian Osama bin Laden menurut penulis Jean Sasson iaitu penulis yang membantu salah seorang anak Osama membuat buku memori ayahnya.


Omar bin Osama-anak Osama yang berkahwin dengan wanita rakyat British


video temuramah CNN dengan anak Osama,Omar bin Osama

"Ahli keluarga osama mahukan jawapan,apa yang sebenarnya berlaku"..kata Jean Sasson yang membantu anak Osama,Omar bin Osama dalam penerbitan buku memori bertajuk "Growing up Bin Laden".Pihak Amerika menyatakan pasukan komando tentera laut mereka "SEAL" berjaya membunuh Osama dalam satu operasi di tempat persembunyian Osama di Abottabhad Pakistan pada May 2 2011.

Pasukan komando yang melakukan operasi bunuh Osama dibawa keluar dari tempat operasi tersebut dan selepas itu mengebumikan mayat Osama di laut,sementara pentadbiran Obama presiden Amerika menyatakan tidak akan mengeluarkan video dan foto-foto bukti kematian Osama tetapi sesetengah pengamal undang-undang di Amerika dibenarkan melihat video operasi bunuh Osama.

Foto yang tersebar luas di Internet




Ahli-ahli keluarga Osama menyatakan,pihak mereka mahukan bukti,saksi yang melihat kematian Osama,apa yang sebenarnya berlaku dan dapat mengesahkan kematian Osama seperti apa yang heboh di diperkatakan diseluruh dunia baik di internet ataupun media masa sekarang ini.Kebanyakan mereka tidak mempercayai bahawa pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden sudah mati,lapor Jean Sasson kepada CNN Rabu lepas.Anak Osama memberitahu Jean Sasson yang mereka akan membuat proses perundangan dalam mencari bukti kematian ayahnya.

No comments:

tweet

more yakin world popular posts