nuffnang add

Saturday, May 14, 2011

PROFESSOR RICHARD DAWKINS DARI OXFORD MENDAKWA TUHAN TIDAK WUJUD.

WORLD:RELIGION

Richard Dawkins accused of cowardice for refusing to debate existence of God/Richard Dawkins dituduh pengecut kerana menolak berdebat tentang wujudnya Tuhan.

Prof.Richard Dawkins yang mendakwa Tuhan tidak wujud.

Penulis ingin berkongsi petikan berita yang penulis terjemah dari berita The Telegraph iaitu Richard Dawkins telah membuat namanya dikecam oleh pengamal Agama di seluruh dunia apabila membuat kenyataan bahawa Tuhan tidak wujud.Ketua Roman catholic iaitu Pope John Paul mengecam kenyataan professor Richard Dawkins.Bagi pendapat penulis Richard Dawkins sudah taksub dengan fahaman sains.Richard Dawkins adalah penulis buku "God Delusion" yang laris dipasaran dan yang mencetuskan kontroversi.Beliau dituduh pengecut kerana menolak berdebat dengan seorang Profesor di Talbot School Of Theology di California iaitu Prof.Craig.Beliau adalah seorang Penganilisis Sastera Christian dan menulis lebih 30 buku khususnya berkenaan Chriastinity.Pada tahun 2010 Prof.Richard dawkins menyokong tindakan undang-undang keatas rancangan mendakwa Pope Benedict XVI dengan jenayah kemanusiaan kerana menyembunyi kesalahan Christian Priest yang terlibat dengan jenayah seksual.
Sebagai seorang muslim,penulis berpendapat Richard Dawkins seorang yang terlampau taksub dengan Sains bahawa setiap kejadian harus ada bukti sains.Walaupun beliau seorang profesor tetapi pemikiran beliau amat cetek tentang kejadian dunia,alam semulajadi,manusia serta alam semesta ini.Siapakah yang mentadbir semua kejadian ini?Pentadbir yang maha agung,maha berkuasa ALLAH subhana Wata'alla yang dapat mengurus kejadian-kejadian yang penulis sebutkan tadi.Kita ambil contoh pembinaan tempat suci Umat Islam iaitu Kaabah,tentulah ada yang membinanya.Tak masuk akal Kaabah itu terjadi dengan sendirinya seperti Teori Bing Bang!Begitu jga dengan Bumi yang manusia tinggal sekarang ini,mestilah ada Penciptanya yang Maha Berkuasa!


Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail as :
"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara" Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."

Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :
  1. Tinggi Kaabah sembilan hasta.
  2. Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta.
  3. Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta.
  4. Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta.
  5. Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta.
  6. Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya.
  7. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun.
-sumber The Telegraph & 
http://www.ustaznoramin.com/2010/06/sejarah-pembinaan-kaabah.html





No comments:

tweet

more yakin world popular posts