nuffnang add

Tuesday, July 19, 2011

GEMPAR!FOTO KEKEJAMAN TENTERA AS

WORLD:U.S ARMY BRUTALITY PHOTO  EXPOSE!


Kekejaman tentera AS kembali terbongkar,terbaru dimana tentera AS bersama tentera Barat yang lain semasa sedang bertugas di Afghanistan.-berita lanjut-



Dua mayat orang awam Afghanistan yang dibunuh tentera AS,foto ini adalah koleksi dari "Pasukan Membunuh" yang akan dihadapkan dimuka pengadilan.

Jeremy Mullock 22 tahun,tersenyum sambil memegang jenazah Gul Mudin,anak seorang petani di Afghanistan,yang baru dia belasah bersama rakan-rakannya.Peristiwa ini berlaku pada 15 Januari 2010,tetapi baru sekarang kekejaman ini terbongkar.

Seorang lagi rakan Jeremy Mullock yang satu pasukan dengannya,berpose disamping jenazah Gul Mudin iaitu lelaki yang mereka belasah sehingga mati.Berita ini telah menggemparkan Washington.

Terdapat banyak foto-foto tentang kekejaman tentera AS terhadap orang awam di Afghanistan,tetapi pihak tentera AS berdalih dengan mengatakan mereka adalah tentera militan.

Foto-foto tentang kekejaman pihak tentera AS ini terbongkar setelah media Jerman (Der Spiegel) Isnin 21/03/2011, telah menyiarkan tiga foto tentang kekejaman tentera AS di Afghanistan.

Berita tersebut telah menggemparkan Washington iaitu pusat kendali perang yang juga pada masa sekarang telah menyerang Libya.

Diantara tiga foto tersebut,menunjukkan seorang tentera AS,Jeremy Mullock 22 tahun,tersenyum disamping jenazah anak seorang petani,Gul Mudin yang baru dibunuh oleh beliau bersama rakan-rakannya.Peristiwa kejam tersebut berlaku pada 15 Januari 2010.

Seorang wartawan dari majalah New Yorker,menyifatkan tindakan seperti itu adalah diantara aktiviti sukan tentera AS!Wartawan itu,Seymour Hesh mengatakan dia bukan menuduh tanpa sebarang fakta,sebelum ini beliau pernah menyiasat tentang kekejaman tentera AS dalam aksi yang serupa di Iraq dan tentera sekutu yang lain.Kekejaman mereka juga pernah dihadapkan dimuka pengadilan.

Apabila ketiga-tiga foto ini terbongkar,menteri luar AS,Hillary Rodham Clinton terus dengan segera menghubungi pejabat Afghanistan membincangkan tentang perkara tersebut.

Permintaan maaf diatas kekejaman tentera AS telah disampaikan oleh Kolonel Thomas Collins dengan mengatakan pihak mereka akan menyiasat perkara tersebut dimana Pengadilan Tentera sedang dijalankan terhadap 12 orang anggota tentera AS yang terlibat didalam kekejaman tersebut,mereka menyifatkan sebagai ''Pasukan Membunuh".

Pihak tentera AS mengakui dalam kenyataan mereka,tindakan seperti didalam foto tersebut amat menjijikkan bagi kita sebagai manusia,dan bertentangan dengan standard dan nilai-nilai AS.

Ini bukan kali pertama kes seperti ini,sebelum ini tentera lelaki dan wanita AS bergamabar sambil mengejek tahanan perang di Abu Ghraib yang dibogelkan oleh mereka semasa dipenjara tersebut.Penjara Abu Grhraib terletak 20 km di barat Baghdad Iraq.

Foto-foto Penderaan Tahanan Perang di Penjara Abu Ghraib ini telah disiarkan oleh CBS News:












Sumber:Berita Antarabangsa/Yakin World @ 2011



No comments:

tweet

more yakin world popular posts