Penulis ingin berkongsi dengan readers semua senarai 10 negara yang paling bahaya di dunia,mungkin ada foto atau maklumat yang kontroversi tetapi anda berhak nak komen atau ignore jer...sekadar untuk maklumat kita bersama.PEACE NO WAR!
1.SOMALIA
Somalia adalah negara didalam bahagian Afrika yang terkenal dengan peperangan antara suku kaum,perebutan wilayah pengedaran dadah dan penyeludupan senjata api.Risiko:peperangan antara tentera,penculikan,lanun.
2.IRAQ
Tindakan ketenteraan,kemusnahan berterusan,pengebom berani mati berlaku hampir setiap hari.Pakar ketenteraan memberitahu kawasan yg berisiko tinggi ialah Baghdad,Tikrit,Utara Hillah sehingga ke bahagian selatan,dan dari Mandali menyusuri sehingga timur Ramadi dan disebelah Barat.Pencerobohan tentera bersekutu yg dipimpin AS telah menjadikan keamanan negara itu semakin tidak dapat dikawal.Tentera AS telah terkorban hampir setiap hari di negara tersebut samaada ditembak oleh penembak curi,diserang hendap atau letupan bom IED.
3.AFGHANISTAN
Walaupun kumpulan Taliban berjaya digulingkan dari Afghanistan oleh tentera pimpinan AS pada 2001,tetapi serangan dari anggota yang masih setia dengan Taliban dan Al Qaeda masih berterusan.Kematian akibat bom yang dipasang disetiap jalan2 dan lain2 tempat berlaku setiap hari.
4.HAITI
Negara yang berkongsi dengan kepulauan Carribean di Hispaniola terkenal dgn beberapa tempat peranginan dan pelancongan yg terkenal,tetapi masih berisiko dgn kadar rasuah yg tinggi,penyeludupan senjata api dan amat mudah utk mendapatkan senjata api disini.
5.PAKISTAN
Negara ini yang bersempadan dengan Afghanistan mempunyai geografi politik yang terganggu oleh serangan bom,keganasan antara puak Shiah dan Sunni.Pada bulan December 2007 Benazhir Bhuto telah dibunuh oleh pengebom berani mati di negara ini selepas pliharaya negara itu yg berbulan ditangguhkan.
6.SUDAN
Walaupun perjanjian damai sudah dimeterai pada tahun 2005,kawasan pertembungan perang antara tentera kerajaan dan militan dan anggota anti darurat dalam kota tersebut.Darfur,Ethiopian dan sempadan Eritrean diantara kawasan berisiko tinggi dan bahaya.
7.Democratic Republic Of Congo (DRC)
Perang saudara yang berakhir pada tahun 2003 masih mengancam kestabilan negara tersebut.Apabila pasukan Tentera pengaman dari Rwanda dan Uganda keluar dari DRC selepas perang saudara berakhir,kebangkitan militan yang berperang sesama sendiri merebut kuasa pemerintah DRC.Jenayah berlaku dengan kerap di kota2 Utama DRC.
8.LEBANON
Berkait dari pembunuhan Perdana Menteri Rafik al-Hariri pada tahun 2005,Lebanon berpecah kepada pro-Syria dan anti-Syria yang anggota masing2 berebut untuk mengawal kerajaan.Di sempadan negara itu dengan Israel masih berlaku perang kerana negara Lebanon mempertahankan tanahair mereka.
9.ZIMBABWE
Sentimen Anti-Barat begitu kuat diterapkan oleh pegawai2 mereka,kadar inflasi yg terlampau tinggi,kerajaan akan menggunakan kuasa mereka utk menghentikan suara2 bantahan dikalangan rakyat sudah menjadi kebiasaan di negara tersebut.
10.PALESTINE
Keamanan di Negara Berdaulat Palestine tercemar dengan pencerobohan Israel ke negara mereka,semenanjung Gaza telah dibedil oleh Israel hampir setiap hari,lelaki,wanita,tua atau muda serta kanak2 menjadi mangsa pembunuhan kekejaman tentera Israel setiap hari.Masaalah kesukaran utk mendapatkan bekalan seperti makanan,ubat-ubatan dan barang keperluan seharian adalah menjadi masaalah utama penduduk Palestine.Malaysia adalah diantara penyumbang bantuan kepada Palestine.
-sumber antarabangsa-YAKIN WORLD @ 2011
No comments:
Post a Comment