Title entry ni pelik sikit tapi memang betul telah diadakan pertandingan lelaki Paling Hodoh di Zimbabwe.Macam-macamlah,kalau pertandingan siapa paling cantik pernahlah kita dengar...ini pertandingan siapa paling hodoh pulak.lol.
Media di Harare Zimbabwe telah melaporkan tahun ini lelaki yang telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Hodoh kepada Austin Mbewe (30thn)mahkota tanda kemenangan diletak diatas kepalanya.
MR.UGLY MAN-foto AFP-
"Saya merasa sangat berbangga kerana selama ini rakan-rakan dan orang ramai sering mengejek saya,baru sekarang saya menyedari ada keistimewaan disebalik rupa saya yang hodoh ini"kata pemenang pertandingan tersebut Austin Mbewe.Dia telah mengalahkan dua pesaingnya Kudakwashe Chiramamba(45thn) naib juara,dan Chitova Chezhira(39thn) tempat ketiga pada pertandinagan yang diadakan pada Sabtu lepas 28/05/2011.
Pertandingan Mr Ugly 2011 ini merupakan yang ketiga telah diadakan, tetapi jumlah pesertanya menurun kerana tahun lalu pertandingan ini diikuti 30 peserta. Pemilihan lelaki terhodoh seluruh Zimbabwe itu mendapat sokongan dari Dewan Kesenian Nasional dan Pejabat Undang-Undang Zimbabwe.
"Saya merasa sangat berbangga dinobatkan menjadi Mr Ugly. Sejak kecil saya sering diejek rakan-rakan dan orang ramai dan kini saya menyedari ada keistimewaan disebalik rupa saya yang hodoh ini," kata Mbewe dalam wawancara dengan surat kabar pemerintah The Herald.
"Saya sangat percaya diri dengan penampilan asli saya. Pertandingan ini sangat ketat, tetapi akhirnya hasil kerja saya mendapat hadiah," katanya bangga. Sebagai Mr Ugly, dia layak menerima hadiah sebanyak U.S Dollar 173 atau Ringgit Malaysia 536.30 serta satu selimut.
Puncak acara pemilihan digelar di Pagomo Height Leisure Centre di Beitbridge, sebuah kota yang bersempadan dengan Afrika Selatan. Acara itu dihadiri ratusan penonton.
Menurut penganjur, awalnya sekitar 15 orang mendaftar untuk merebut gelaran Mr Ugly. Namun, beberapa peserta menarik diri kerana merasa tidak merasa yakin.
"Pada dasarnya, pertandingan ini hanya untuk hiburan dan setiap tahun penyelenggaraannya semakin besar ," kata Lovemore Chonzi, penganjur pertandingan.
Chonzi merasa yakin pada pertandingan tahun depan akan lebih berjaya. "Kami menyediakan banyak hadiah," ujarnya.
No comments:
Post a Comment