nuffnang add

Thursday, June 9, 2011

10 KALI MENCUBA UNTUK BUNUH DIRI

WORLD:FRANCISCO SOLOMON SANCHEZ KILLS HIMSELF AFTER 10 TRIES


Selepas 10 kali dalam percubaan untuk membunuh diri dalam beberapa tahun, akhirnya lelaki ini Francisco Solomon Sanchez telah berjaya membunuh dirinya.-ikuti kisah lanjut-



jejambat inilah lelaki ini telah terjun dan dilanggar oleh kenderaan semasa lalu lintas sedang sibuk

Lelaki berumur 41 tahun ini dan berasal dari Duarte AS telah membunuh dirinya dengan terjun dari sebuah jejambat di Los Angeles iaitu di 210 Freeway dan telah dilanggar oleh sekurang-kurangnya sebuah kereta yang sedang melalui jalan tersebut,iaitu semasa lalu lintas agak sibuk.

Pihak hospital LA telah mengesahkan kematian lelaki ini sebagai membunuh diri.Percaya atau tidak,lelaki ini telah terjun dari jambatan yang sama semenjak tahun 2003!tetapi tak juga mati,sehingga pada satu kejadian dia hanya patah kaki dan ditahan disebuah pusat mental.Menurut pihak LA County Department Of Mental Health,mereka hanya menahan pesakit ini selama 14 hari kerana mengikut undang-undang negara itu,jika pesakit tidak disahkan gila mereka akan membenarkan pesakit pulang.

Tetapi selepas 10 kali mencuba membunuh diri dengan terjun dari jejambat yang sama sebanyak 10 kali, semenjak tahun 2003,akhirnya Francisco Solomon Sanchez ini berjaya membunuh dirinya!10 kali Tuhan panjangkan umur lelaki ni masih jugak degil nak bunuh diri,macam-macam ragam manusia.

-YAKIN WORLD @ 2011-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts