Sebagai ketua Pemimpin Al-Qaeda pada tahun 1994 Osama bin Laden mula melancarkan misi perang Jihad beliau diseluruh dunia.Kerajaan Arab Saudi menarik balik kerakyatan beliau sebagai rakyat Arab Saudi.Selepas mula melancarkan apa yang digelar oleh pihak Amerika sebagai tindakan Pengganas Osama melancarkan misi serangan Jihad seperti meletupkan semua kepentigan Amerika diseluruh dunia dan Osama berhasrat menubuhkan sebuah negara Islam sebenar.Pada tahun 1996 Al-Qaeda meletupkan sebuah trak Bomba membunuh tentera Amerika di Arab Saudi.Pada tahun yang berikutnya Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab membunuh pelancong asing di Mesir yang mengorbankan 300 nyawa.
Bangunan Diplomatik Amerika di Nairobi Kenya yang musnah pada bulan August 7 1998.
Trak jenis suzuki samurai yang digunakan Al-Qaeda meletupkan bangunan Diplomatik Amerika di Nairobi kenya.
Kejadian letupan Bangunan Diplomatik Amerika di Nairobi yang dilakukan oleh Al-Qaeda mengorbankan ratusan nyawa yang didakwa dilarahkan oleh pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden.Antara Pejabat Diplomatik Amerika yang diserang oleh Al-Qaeda iaitu disebelah timur Afrika Dar Essalam,Nairobi,Kenya,Tanzania.Serangan itu ada kaitan dengan kumpulan Jihad dari Mesir yang ada kaitan yang kukuh dengan Osama bin Laden dan Ayman Al-Zawahiri.Serangan itu mengejutkan pihak Amerika dan pihak Federal Bureau of Investigation(FBI) meletakkan Osama bin Laden antara 10 orang yang paling dikehendaki.Pihak negara Sudan tidak mengetahui tentang kewujudan Osama di Sudan.Osama seterusnya memindahkan operasi mereka ke Afghanistan dan Osama bin Laden dilindungi oleh kumpulan Jihad Taliban yang pada masa itu memerintah Afghanistan.Semasa Osama di Afghanistan beliau mengeluarkan fatwa memerangi Amerika diseluruh dunia dan mewujudkan negara Islam serta membunuh semua musuh Islam.
Pada tahun 2001 Al-Qaeda berjaya menjayakan misi Jihad mereka diseluruh dunia dibeberapa negara.Pada September 11 2001 beberapa ahli kumpulan Al-Qaeda dalam kumpulan yang kecil merampas 4 buah kapal terbang penumpang awam Amerika dan 2 buah kapal terbang itu diletupkan dengan melanggar bangunan World Trade Center.Sebuah lagi diletupkan di kawasan pentadbiran Ketenteraan Amerika di pentagon.Sebuah lagi berjaya di tembak oleh tentera Amerika dan terhempas di Pennsylvania.
Kejadian September 11 2001 yang mengorbankan nyawa lebih 3000 orang awam.Sehingga sekarang rakyat Amerika sendiri masih meragui kebenaran di sebalik kejadian Sept 11.Selepas peristiwa Sept 11,George Bush pada masa itu presiden Amerika mula mengarahkan operasi besar-besaran memerangi dan memburu Osama bin Laden yang memimpin Al-Qaeda khususnya ditempat persembunyian Osama di Afghanistan.Pihak tentera Amerika mula melancarkan perang terhadap puak Taliban di Afghanistan yang didakwa melindungi ketua Al-Qaeda Osama bin Laden.Osama bersembunyi selama 10 tahun dan dikatakan bersembunyi di sempadan Afghanistan dan Pakistan.Pada tahun 2004 selepas George Bush dipilih semula sebagai presiden Amerika,ketua Al-Qaeda mengeluarkan pita rakaman mengatakan bertanggungjawap diatas peristiwa Sept 11.
Terbaru pada May 1 2011,presiden Amerika Barack Obama mengumumkan mendakwa telah berjaya membunuh Osama bin Laden dalam operasi mencari dan bunuh oleh komando tentera laut Amerika (SEAL) di Abottabad Pakistan.Pihak Pakistan tidak diberitahu dalam operasi membunuh Osama bin Laden.
Banyak pihak mempertikaikan kesahihan berita tersebut kerana menurut berita antarabangsa yang mengatakan selepas operasi komandoAmerika berjaya membunuh Osama bin Laden mayat Osama dibuang didalam laut yang tidak diketahui laut mana mayat tersebut dibuang dan pihak White House mengumumkan tidak akan mengeluarkan video dari tentera komando SEAL semasa operasi membunuh Osama bin Laden.Pihak pakistan telah menemui 3 mayat yang tidak dikenali berada di tempat dimana Osama telah dibunuh oleh komando Amerika.
Sampai disini kajian penulis tentang biografi Osama bin Laden.Perkongsian maklumat ini sekadar perkongsian penulis dengan pengunjung blog YAKIN ini kerana ramai yng mencadangkan supaya penulis membuat kajian tentang Osama bin Laden mengikut fakta-fakta yang boleh dipercayai.sekian Terima kasih.-penulis yakin key of wealth-
No comments:
Post a Comment