nuffnang add

Saturday, May 7, 2011

WHO IS OSAMA BIN LADEN?/SIAPA OSAMA BIN LADEN?PART 1

WHO IS OSAMA BIN LADEN?/SIAPA OSAMA BIN LADEN?PART 1:





Osama bin laden


Ayah Osama bin Laden-Mohamad bin Awad bin Laden

Pemimpin Jihad Al Qaeda Osama bin Mohammad bin Awad bin Laden lahir pada March 10 1957 di Riyadh Saudi Arabia.Ayah beliau Mohamad bin Awad adalah seorang "Billionaire' serta mempunyai sayarikat Pembinaan.Osama adalah anak daripada isteri ayah beliau yang ke 10 seorang wanita kelahiran Syria Alia Ghanem.


Osama bin Laden 1979 semasa menyertai Jihad memerangi Soviet Union

Ayah Osama memulakan bidang profesional pada tahun 1930an di Jeddah Saudi Arabia.Semasa ayah Osama,Mohammad berkerja dalam bidang pembinaan,beliau adalah perkerja yang paling muda dan mula menarik perhatian keluarga Diraja Saudi Arabia apabila berkerja didalam istana dengan kebolehan beliau membina istana dengan kos yang paling murah dari lain-lain syarikat saingan dengan hasil kerja yang amat baik.Pada tahun 1960an ayah Osama mendapat kontrak membina penambahan pembinaan di Mekah,Madinah Al-Munawarah dan Masjid Al-Aqsa.Pada masa itu beliau menjadi amat terkenal dalam pada masa yang sama semasa Saudi Arabia menghadapi krisis kewangan,ayah Osama menggunakan kekayaan beliau membayar gaji perkerja awam selama 6 bulan.Oleh kerana itu beliau menjadi sangat dihormati oleh rakyat.


Anak ke tiga Osama dan isternya Najwa Osman (berdiri kedua kiri)Osman beristeri dengan anak ahli tertinggi puak radikal Islam Al Gama'a Al Islamiya dan diantara kumpulan pemberantak di Mesir.Beliau dikatakan adalah bakal pengganti ayahnya.

Ayah Osama adalah seorang yang amat tegas dalam mendidik anak-anaknya terutama tentang agama.Selepas ayah Osama berpisah dengan emaknya,emak Osama membawa Osama berpindah dengan suami baru emaknya Muhammad Al-Attas.Emak Osama dengan suami barunya mendapat 4 orang anak.Osama banyak menghabiskan masa zaman kanak-kanaknya bersama saudara tirinya.Osama bersekolah di Al Thager model Schoolat dan diantara sekolah yang berprofile tinggi di Jeddah pada masa itu.Ayah Osama meningga dunial pada tahun 1967 dalam kemalangan kapal terbang yang terhempas pada tahun 1967.Semasa umur Osama 14tahun,beliau diantara pelajar yang amat pintar dan terkenal dengan sifat pemalu.Beliau sudah menghafaz Al Quran pada masa itu.Tetapi sedikit demi sedikit Osama menjadi hilang fokus untuk belajar dan beralih arah belajar dengan kumpulan Jihad Islam pada masa itu.Osama banyak dipengaruhi oleh gurunya yang banyak menekankan Hukum Islam yang sebenar untuk diperluaskan diseluruh negara Arab.

Isteri Osama

Semasa umur Osama 18 tahun beliau mengahwini isterinya Najwa Ghadem iaitu sepupunya sendiri yang berumur 14tahun.Osama tamat persekolahan di Al-Thager pada tahun 1976 iaitu sama tahun anak pertamanya lahir.Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz dan mendapat Ijazah dalam bidang Civil Engineering.Tetapi Osama tidak mendapat peluang untuk berkerja dengan kelayakan Ijazahnya kerana pada tahun 1979 pihak Soviet Union menawan Afghanistan.Atas dasar kewajipan beliau sebagai seorang Muslim beliau menyertai tentera Afghanistan melawan memerangi penaklukan oleh tentera Soviet Union pada masa itu.Osama ditempatkan di Penshawar.Osama mendapat bekalan senjata dari CIA Program Operation Cyclone.Osama mendapat latihan tentera oleh Mujahideen iaitu salah satu kumpulan Jihad di Afghanistan.Selepas pihak Soviet Union keluar dari negara Afghanistan pada tahun 1989,Osama kembali ke Saudi Arabia dan disanjung oleh rakyat Saudi Arabia sebagai Wira.Pihak Amerika menngelar Osama sebagai Pejuang Kebebasan,"Freedom Fighters".


Omar bin Osama-anak lelaki Osama yang berkahwin dengan wanita warganegara British.


Tidak lama selepas sekembalinya Osama dari Afghanistan,beliau berasa kurang senang dan kecewa dengan pentadbiran Saudi Arabia kerana banyak unsur rasuah dikalangan pemimpin negara itu,Osama juga kecewa dengan pihak Kerajaan Saudi Arabia yang berkerjasama dengan Amerika dalam krisis perang Teluk.Osama bercakap didepan orang ramai yang menyatakan kecewa dengan kerajaanSaudi Arabia yang penuh dengan gejala rasuah dan tidak puas hati kerana Saudi Arabia berkerjasama dengan pihak Amerika dalam Perang teluk.Kerajaan Saudi Arabia menarik balik Anugerah Wira kepada Osama selepasa gagal menutup mulut Osama mengeluarkan kenyataan di depan orang ramai tentang gejala rasuah dan kerjasama Saudi Arabia dan pihak Amerika.Pihak kerajaan Saudi Arabia memaksa Osama menukar kerakyatan beliau dan Osama berhijrah ke Sudan pada tahun 1992.


Anak-anak Osama Fatima,Omar,Saad,Osman dan Abdul Rahman.Aanak perempuan Osama Fatima berkahwin dengan pejuang Arab Saudi semasa berumur 12tahun.

Pada tahun 1993 Osama menubuhkan kumpulan militan Islam yang diberi nama Al-Qaeda yang bermaksud 'Pangkalan".Latihan tentera ala Jihad di Afghanistan diterapkan oleh Osama dalam melatih tentera muslim.Misi mereka untuk melancarkan Jihad diseluruh dunia dalam menegakkan undang-undang Islam diserata dunia.Pada tahun 1994 beliau mula melancarkan perang Jihad.Keluarga Osama menarik balik pendapatan tahunannya sebanyak USD7 juta.


-Biography Osama  bersambung akan datang-penulis Yakin Key of wealth-










No comments:

tweet

more yakin world popular posts