nuffnang add

Friday, May 27, 2011

PENJENAYAH PERANG SERBIA-BOSNIA RATCO MLADIC DITANGKAP

WORLD:BREAKING NEWS(WAR CRIMES)
Dunia pastinya masih ingat keganasan perang Bosnia-Serbia yang berlaku pada Julai tahun 1995 di Sbrebrenica Bosnia,dimana lebih 8,000 lelaki,wanita dan kanak-kanak muslim telah dibunuh oleh dictator Jeneral Perang Serbia Ratco Mladic.Peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai, iaitu penghapusan etnik Muslim Bosnia telah terungkap kembali dengan penangkapan jeneral perang Serbia kelahiran Bosnia Ratco Mladic seperti yang dilaporkan media massa antarabangsa pada Khamis lepas.



tempat pembunuhan etnik muslim perang Bosnia

kawasan Perkuburan Muslim yg terbunuh oleh kekejaman jeneral Perang Serbia 

Jeneral Kejam(gambar tengah) Ratco Mladic

Rekod jenayah Perang oleh jeneral Ratco Mladic

Menurut Presiden Serbia Boris Tandic,Ratco Mladic telah dapat ditangkap di sebuah desa sebelah utara Serbia.Meskipun dunia mengecam kekejaman Jeneral Ratco,namun masih ada sesetengah penduduk Serbia melancarkan mogok menuntut pembebasan Jeneral Ratco Mladic.Presiden Serbia menegaskan bahawa Jeneral Ratco akan tetap dibicarakan atas jenyah perang yang beliau lakukan pada Julai 1995.Jeneral Ratco Mladic akan diadili di Beograd iaitu negara Serbia sendiri.

Sementara hakim akan memutuskan samaada Ratco akan diextradisi ke Mahkamah pengadilan Jenayah Perang Antarabangsa di Den Haag,Belanda.Ratco didakwa telah membunuh lebih 8,000 etnik Muslim Bosnia di Srebrenica Bosnia pada Julai 1995.Semasa itu angkatan tentera Serbia telah membedil Srebrenica dengan senjata berat dan roket selama 5 hari.Selepas itu Jeneral ratco memasuki bandar Srebrenica bersama angkatan tentera Serbia serta membawa kru jurugambar bersama mereka.

Pada hari berikutnya sebuah bas telah memasuki Srebrenica untuk mengambil penduduk wanita dan kanak-kanak Muslim yang berlindung di Srebrenica ke wilayah muslim.Tentera Serbia telah mengasingkan antara lelaki dan kanak-kanak muslim Bosnia yang berumur 12 hingga 70lebih tahun,kononnya untuk tujuan penyiasatan perang tetapi mereka dengan kejamnya melakukan jenayah perang dengan membunuh lebih 8,000 etnik Muslim Bosnia.Jeneral Ratco Mladic telah didakwa melakukan jenayah perang iaitu melakukan penghapusan etnik Muslim Bosnia.Penulis berdoa semoga Jeneral Ratco yang kejam melebihi haiwan ini akan di hukum dengan setimpal diatas Jenayah yang dia lakukan.

-sumber berita antarangsa-YAKIN @ TM 2011-







No comments:

tweet

more yakin world popular posts