Kejadian yang menggerikan ini berlaku di Madrid iaitu disebuah pulau peranginan Tenerife di selatan Sepanyol pada 13/05/2011 Jumaat..
suspek yang memenggal kepala wanita pelancong Inggeris itu berjaya ditangkap apabila seorang pemuda yg menaiki motosikal membaling suspek dgn topi keledar beliau.
Pemuda Bulgaria yang mempunyai rekod lampau gila ini memenggal kepala wanita pelancong Inggeris itu di sebuah pasaraya yang pada ketika itu ramai pelanggan dan pada waktu yang sibuk.
Pemuda gila itu terus berlari sambil membawa kepala wanita yang dipenggalnya,menurut saksi ditempat kejadian.Pemuda gila itu berumur 28 tahun dan mangsa iaitu wanita Inggeris berumur 60an.Tambah saksi lagi,pemuda gila ini terus pergi kearah wanita Inggeris tersebut dan terus mengeluarkan pisau serta memenggal kepala wanita itu iaitu di daerah Los Christianos pada pagi Jumaat.
Seorang saksi Colin Kirby yang berada ditempat kejadian memberitahu dia terus berteriak apabila melihat pemuda gila itu berlari sambil memegang kepala wanita Inggeris itu.Selepas itu pemuda gila itu berlari kearah jalanraya dan dikejar oleh beberapa penduduk yang berada dikawasan sekitar.Pemuda gila itu berjaya ditangkap apabila seorang penunggang motosikal yang kebetulan melihat pemuda gila tersebut lalu terus membaling topi keledar kearah pemuda gila dan terus menangkapnya,penduduk yang berada terus memberi bantuan menangkap pemuda gila itu sebelum pihak polis tiba.
Tenerife merupakan kepulauan peranginan serta begitu popular dikalangan orang-orang Inggeris khususnya para pesara.-sumber berita antarabangsa-
No comments:
Post a Comment