Terkejut jugak penulis bila terbaca metro hari ni 20/05/2011 Jumaat,ada peniaga yang sanggup menjual kopi menggunakan campuran gelatin babi!Kerana tamak mengaut keuntungan tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam di Malaysia..
Inilah tiga peniaga bersaudara yang dituduh di Mahkamah Kluang Johor semalam atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi tanpa melabelkan kandungan bahan gelatin babi pada paket kopi yang dijual tersebut.Penulis tak berapa pasti berapa lamakah kopi ini sudah berada dipasaran!
Pihak-pihak yang berkenaan hendaklah lebih tegas dalam menangani isu halal haram ni,sebab Malaysia ni negara Islam so mestilah mengikut undang-undang Islam dalam menentukan halal haram sesuatu makanan,minuman dan lain-lain...untuk berita lebih lanjut sila baca harian metro..-sumber metro-
No comments:
Post a Comment