nuffnang add

Wednesday, May 25, 2011

KORBAN PUTING BELIUNG JOPLIN, MISSOURI AS MENINGKAT

WORLD:BREAKING NEWS
Mangsa puting beliung(Tornado) yg melanda Joplin,Missouri AS,korban nyawa meningkat 124 orang setakat Selasa (24/05/2011).Tornado itu dgn kelajuan 321 KM 1 jam,meratakan hampir ke seluruh kawasan Joplin AS menjadi tanah lapang.

Tornado memusnahkan semua rmh2,kenderaan dan lain2

imej Tornado diambil jurugambar amatur 24/05/2011

seorang lelaki menyelamat kanak2 yg terperangkap di dlm runtuhan rumahnya

imej runtuhan rumah akibat Tornado

imej kesan hentaman Tornado yg berkelajuan 321 km sejam melanda Joplin,Missouri AS

imej pusaran Tornado yg sempat dirakam jurugambar

peta kawasan yg dilanda puting beliung Joplin,Missouri AS

Kebelakangan ini AS kerap dilanda bencana spt Tornado,sebelum ini dua Tornado telah menghentam jiran Missouri iaitu Oklahoma AS.Apa yg peliknya menurut kajian ahli meteorologi Pusaran Tornado yg melanda Joplin ini mempunyai beberapa lagi Pusaran kecil didalam angin Induknya,mereka menjangkakan Tornado yg baru akan melanda semula di Kota yg sudah rata menjadi tanah lapang di Joplin.Missouri AS.

Tornado yg melanda Oklahoma sebelum ini telah mengorbankan 4 orang nyawa,meranapkan berpuluh buah rumah.Para pakar meteorologi menjangkakan Tornado akan melanda semula pada dinihari 25/05/2011 (hari ini waktu tempatan).Menurut berita sebelumnya,puting beliung yg melanda Joplin 22/05/2011 adalah didalam kategori dlm E-5.Para pengkaji mengatakan puting beliung yg melanda Joplin ini adalah antara paling dasyat sejak 60 tahun terakhir.
Jabatan Cuaca AS mengatakan puting beliung yg melanda Joplin dlm kategori E-5,berkelajuan 321 km sejam adalah peringkat terkuat dalam Tornado/puting beliung.Mangsa yg cedera lebih 800 org,mangsa yg hilang belum dpt dikenal pasti,''samaada mereka cedera ataupun sudah mati,"menurut Ketua bandar Mark Rohr,tambahnya lagi.."ramai warganya telah meninggalkan bandar tanpa memberitahu jiran2 terdekat mereka...

Manakala pasukan penyelamat bertungkus lumus membantu mangsa yg terselamat,mengorek di bawah runtuhan bangunan dan rumah yg runtuh utk mengesan kalau ada mangsa yg selamat dgn di bantu anjing pengesan bau manusia.Siren kecemasan msh lagi kedengaran di setiap kawasan Joplin.Tragedi ini memang meninggalkan kesan kepada rakyat AS dan Joplin Missouri amnya,mereka menggunakan laman sosial spt facebook dan twitter utk mencari data2 mangsa2 yg hialng.Disini penulis muatkanvideo youtube "Storm Chaser"(pengejat Ribut/taufan) yg begitu berani mengambil video semasa puting beliung terjadi di Joplin,Missouri AS.Saksikan:

 

-TM YAKIN @ 2011-







 


No comments:

tweet

more yakin world popular posts