nuffnang add

Friday, June 10, 2011

TAUGE PENYEBAR WABAK E.COLI

WORLD: BREAKING NEWS


Suka makan tauge atau kecambah tak?Kalau kat negara kita jika mee atau rojak kalau tak simpan taugey tak sah,hilang penyedap org kata...tetapi tanpa kita sedari taugey sebenarnya pembawa wabak virus E-Coli yg sekarang ini menular di negara Jerman di berita AP Ahad (5/6/2011).


Sebelum ini pihak negara Jerman pada mulanya menuduh timun yg diimport dari negara Sepanyol adalah pembawa wabak E-Coli tetapi sebenarnya taugey yg ditanam di negara mereka sendiri..-ikuti berita lanjut-



tauge atau kecambah dan dalam bahasa Inggerisnya "Bean Sprout" memang sedap jika dimakan samaada ditumis ataupun direbus dgn air panas,jika kat Sarawak biasanya tauge di gunakan sebagai penyedap mee kolok ataupun laksa sarawak.

Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina.

Menurut berita AP pada Ahad 5/6/2011 menyatakan,pejabat kementerian pertanian negara bahagian Lower Saxony, Jerman menyatakan tauge itu dihasilkan dari sebuah pertanian organik di Uezen, yang terletak antara Hamburg dan Hannover.

Sebelumnya, pejabat kesihatan Jerman, Khamis (26/5/2011) mengatakan timun import dari Spanyol adalah salah satu penyebab menularnya wabak E.Coli. Wabak ini telah mengorbankankan 22 orang dan menyebabkan sekitar 2.200 orang telah jatuh sakit.

Ujian awal telah membuktikan bahawa beberapa jenis tauge atau kecambah yang dihasilkan dari  pertanian itu tercemar E-coli. "Ada banyak petunjuk sebab bahawa penyebabnya wabak ini daripada  pertanian itu," kata Gert LIndemann, Kementerian Pertanian negara bahgian Lower Saxony.

Semenjak wabak yang boleh mendatangkan kematian ini merebak, "symptoms" utama adalah timun yang berasal dari Sepanyol. Para petani Sepanyol memprotes kerana tuduhan itu kerana kebanyakkan negara dari kesatuan Eropah menghentikan import sayur dari negara mereka.

"Mula-mula kita telah menuduh Sepanyol,selepas itu kita telah mendapati, dan sangat mengejutkan, bahawa penyebabnya adalah ladang pertanian jiran kita sendiri," kata Dietrich Benni yang tinggal berdekatan dengan ladang pertanian tersebut.

"Semua ini agak menakutkan, terutama kerana berasal dari pertanian organik. Mulai sekarang saya berhenti makan makanan organik," tambahnya lagi.

Pertanian itu ditutup semenjak Ahad dan semua produknya ditarik balik, termasuk bumbu segar, buah, bunga, dan kentang. Dua orang pakarnya juga terkena jangkitan wabak E.coli,jelas Lindemann, yang memberitahu pertanian itu telah menghasilkan 18 jenis tauge.

Soalannya bagaimanakah tumbuhan tauge ini terkena jangkitan wabak ini? Lindemann memberitahu, kecambah-kecambah itu ditumbuhkan dengan wap didalam tong pada suhu 38 darjah Celcius, suhu yang sesuai untuk bakteria berkembang biak.

Sebuah media antarabangsa China melaporkan pada Jumaat 10/6/2011 tauge ataupun kecambah ini dari biji bjian  kekacang yang semakin besar kemungkinan menjadi penyebab utama merebaknya bakteria E-Coli ini,dinyatakan oleh Presiden Robert Koch Institute iaitu Reinhard Burger.

Tambah Reinhard Burger lagi,orang yang makan tauge atau kecambah ini adalah cenderung pengaliran darah didalam badan tak seimbang dibandingkan orang yang tak makan tauge,hasil dari uji kaji atau kajian mereka.Ini adalah kali kedua Jerman mengeluarkan kenyataan bahawa tauge atau kecambah ini adalah penyebab wabak E-Coli yang menggemparkan negara Jerman,sebelum ini pada 5/6/2011 iaitu pada mulanya mereka menyangka timun yang diimport dari Sepanyol adalah penyebab wabak ini.

Penulis kongsikan berita dan fakta berkenaan tauge ini hanyalah untuk maklumat kita bersama dan tiada berniat untuk sabotaj baik kepada peniaga ataupun penanam tauge ini,wabak E-Coli hanya disahkan di negara Jerman disebabkan oleh tauge,tetapi kat negara kita belum disahkan oleh pihak kerajaan kita lagi.-YAKIN WORLD @ 2011-



  







No comments:

tweet

more yakin world popular posts