The accused,Zubairi Ismail from Gersik Village not far away from Kuching City,also found guilty for possession of Marijuana wedging 2.17 gram,sentenced to 12 months for the second offence.
The session court sentenced the accused to Life Imprisonment and 12 strokes for plant cannabis,primarily for production and consumption of marijuana at his home last year.The Police found Cannabis Trees at his home.
Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan ke atas seorang posmen kerana menanam pokok-pokok ganja di rumahnya tahun lepas.
Tertuduh Zubairi Ismail dari Kampung Gersik, juga didapati bersalah kerana memiliki ganja seberat 2.17gram, dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi kesalahan kedua dilakukannya itu.
Hakim, Nixon Kennedy Kumbong menjatuhkan hukuman itu selepas meringankan hukuman dan mengarahkan hukuman penjara dijatuhkan berturutan.
Di bawah Seksyen 6 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman penjara seumur hidup sama dengan penjara 30 tahun.
Zubairi dijatuhkan penjara maksimun bagi kesalahan pertama iaitu di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Manakala bagi kesalahan kedua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6 akta yang sama. Pokok-pokok ganja ditemui di dalam bilik tertuduh manakala ganja seberat 2.17 gram dijumpai di dalam poket seluar milik tertuduh.
Tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang pada 21 Julai 2010.
Dalam rayuan meminta hukumannya diringankan yang dikemukakan menerusi peguamnya Francis Wee, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan kerana kesukaran dihadapi keluarganya.
Bagaimanapun dalam menjatuhkan hukuman itu, Nixon berkata alasan kesukaran (keluarga) dikatakan tertuduh tidak boleh diterima dan hukuman pencegahan harus dikenakan untuk kesalahan seperti itu.
“Pada usia dia sekarang, dia cukup matang untuk memahami kesan dan akibat memiliki mana-mana jenis dadah,” kata Nixon.
Zibairi tampak tenang dengan nasib yang bakal menimpa dirinya tetapi ibunya tidak dapat menahan air mata sebaik hukuman dijatuhkan.
Permohonan peguamnya agar hukuman ke atas Zubairi ditangguhkan juga ditolak oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yoh Tinn, yang mendakwa kes itu.-sumber utusan sarawak-YAKIN WORLD @ 2011
BERITA BERKAIT/RELATED NEWS:BAHAYA SYABU/DADAH/KESAN
No comments:
Post a Comment