nuffnang add

Tuesday, June 14, 2011

BUDAK PEREMPUAN UMUR 5 TAHUN MELAHIRKAN ANAK

WORLD: WEIRD STUFF-The Youngest Mother Known In The World


Lina Medina-Ibu Paling Muda Yang Diketahui Didunia


Apa yang hendak penulis kongsikan ialah mengenai seorang ibu paling muda yang diketahui didalam dunia telah melahirkan anak ketika usianya baru 5 tahun!Budak perempuan ini ialah,Lina Medina,lahir di Ticrapo,Peru pada 27 September 1933,ketika umurnya 5 tahun dia telah melahirkan anak lelaki secara "caesarean"(pembedahan dari perut untuk mengeluarkan bayi) atas sebab "pelvis" nya terlalu kecil.-ikuti kisah aneh ini-



Lina Medina

Lina Medina telah dibawa ke Hospital oleh ibu bapanya kerana menyangka anak perempuannya yang berumur 5 tahun itu telah dijangkiti kanser perut,setelah mencuba mengubati penyakit anaknya dengan menggunakan khidmat bomoh dikampungnya sebelum ini tetapi tidak berhasil,menyebabkan ayahnya telah membawa anaknya ke hospital.

Setelah sampai ke hospital,doktor telah mengesahkan anaknya hamil 7 bulan,dan selepas 1 bulan setengah Lina Medina selamat melahirkan anak lelaki.

Lina Medina semasa kelahirannya mempunyai latar belakang tumbesaran yang tidak normal dimana bentuk tubuh badan,hormonnya seperti gadis dewasa dan tidak seperti kanak-kanak perempuan lain.Berat anak lelaki Lina Medina semasa dilahirkan ialah 2.7kg.

Setelah anak lelaki Lina Medina ini membesar,ketika umurnya mencecah 10 tahun,anak lelakinya yang diberi Gerardo,menyangka dan percaya emaknya(Lina Medina) adalah kakaknya.Anak lelakinya telah membesar seperti kanak-kanak normal lain tetapi telah meninggal dunia ketika berumur 40 tahun kerana mengidap penyakit tulang.

Lina Medina

Apa yang menjadi persoalan ialah siapakah ayah sebenar anak lelaki yang dilahirkan oleh Lina Medina?Lina Medina tidak pernah memberitahu siapa ayah anak yang dilahirkannya,pihak polis menyangka mungkin dia terlalu muda untuk mengingati apakah yang sebenarnya terjadi keatasnya.Ayah Lina Medina telah ditahan oleh pihak polis diatas tuduhan rogol dan sumbang mahram(incest),tetapi telah dibebaskan tidak berapa lama kemudian kerana tidak mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan ayahnya diatas tuduhan tersebut.

Lina Medina

Lina Medina kemudiannya telah berkahwin dengan pasangannya Raul Jurado dan mendapat anak kedua pada tahun 1972.Sumber diterjemah dari website antarabangsa.Ketika ini umur Lina Medina ialah 78 tahun.

YAKIN WORLD @ 2011







No comments:

tweet

more yakin world popular posts