Berita yg ingin penulis kongsikan ini adalah mengenai jet2 pejuang pihak NATO atau Pakatan Atlantik Utara telah menggempur tiga pelabuhan Libya iaitu di Tripoli,Al Khums dan Sirte.
sumber foto-AP
Foto ini adalah penduduk Libya menghadiri upacara pengebumian rakyat Libya yg terbunuh semasa pengeboman oleh jet2 pakatan NATO.Jet pejuang negara Peranchis telah mengebom Pangkalan Udara Libya dan meletupkan sebuah Kapal Terbang milik Muammar Ghadafy pada Khamis 20/05/2011.Kapal2 tentera Laut NATO berkawal di laut Libya utk mengawal kemasukan bantuan ketenteraan Libya spt bekalan, senjata dan tentera upahan.Pengeboman lain oleh pihak NATO menghancurkan pasukan meriam (Artileri),helikopter serta Depo Senjata Libya.
Media antarabangsa melaporkan 8 buah kapal perang Libya telah berjaya dimusnahkan oleh pihak pakatan NATO.Asap tebal jelas kelihatan daripada kapal2 perang Libya yg di bedil oleh pihak NATO.Atas alasan melindungi rakyat Libya pihak pakatan telah menyerang kawasan strategik Libya secara berterusan dan banyak mengakibatkan kehilangan nyawa.
Jurucakap NATO menyatakan Ghadafy akan menggunakan kekuatan tentera Lautnya utk menyerang balas pihak NATO.Pasukan tentera Pro Ghadafy banyak membalas serangan pihak NATO.
Bagi pendapat penulis,dunia sekarang sudah banyak ditumpahi darah oleh kerakusan manusia itu sendiri,apabila kita sebagai Hamba NYA tidak mensyukuri nikmat NYA maka DIA akan mencabut segala kenikmatan itu serta merta dgn berbagai-bagai cara dgn tanpa kita duga dalam sekelip mata.Sesungguhnya DIA maha berkuasa dan hanya DIA maha mengetahui.-sumber berita AP-
editor/diterjemah:TM YAKIN @ 2011
No comments:
Post a Comment