nuffnang add

Monday, May 16, 2011

MISTERI BERMUDA TRIANGLE DAN UFO

WORLD:UNSOLVED MYSTERIES


MISTERI BERMUDA TRIANGLE DAN UFO.


Penulis ingin mengajak anda menyelami misteri Segitiga Bermuda dan UFO.Adakah kita semua menyedari tentang kewujudan Segitiga Bermuda?





Bagaimana misteri manusia yang hilang di Segitiga Bermuda berbeza dari kemunculan UFO yang saban hari diperkatakan di media massa sekarang ini?Manusia telah diculik dan dibebaskan atau terus lenyap begitu saja dari permukaan bumi dan tidak ditemui sehingga sekarang.Adakah misteri paranormal ini mempunyai persamaan dan hubung kait antara satu sama lain?




Walaupun misteri ini amat mengagumkan untuk difikirkan yang Segitiga Bermuda adalah lebih menarik tetapi tidakkah kita terfikir ini ada hubung kait dengan kemunculan UFO?



Kita masih perlu untuk mempertimbangkan keberangkalian yang Segitiga Bermuda dan UFO adalah misteri yang sama dan ada hubungkait antara satu sama lain.Kapal,bot-bot dan Kapal terbang yang melalui Segitiga Bermuda tidak akan kembali dan tidak dijumpai semula!Seterusnya kita terfikir tentang misteri kehilangan manusia setiap hari dan tidak dijumpai semula.

















Kaitan dua misteri hebat dunia ini tentulah ada kaitannya antara satu sama lain.Tidak ada bukti yang kukuh ditemui dengan misteri kehilangan manusia dan kapal-kapal bermain di imiginasi kita.
Kemunculan UFO atau Unidentified Flying Object(Objek Terbang Tidak Dikenali) ini berterusan dilaporkan di Media-media Massa baik di Barat ataupun di Asia,tetapi kita tidak tidak pernah mendengar tentang kemunculan UFO di Segitiga Bermuda.Bagaimanapun kita tentu pernah mendengar berita ganjil yang berlaku di Segitiga Bermuda.Jika kita mendengar berita atau laporan tersebut,mesti ada persamaan tentang kemunculan UFO.Pada keseluruhannya,kita mendengar persamaan bahawa manusia telah lenyap dari kedua-dua misteri ini.Kita sedia maklum tentang cerita hebat Pyramid yang pembinaanya dibina dengan arkitektual yang amat tinggi dengan bentuk serta keluasannya yang amat hebat dan ada yang mendakwa Pyramid bukan dibina oleh manusia.



Oleh kerana itu adalah amat ketara bahawa Segitiga Bermuda dan UFO mempunyai kaitan antara satu sama lain.Walaupun ini adalah spekulasi tetapi haruslah kita berfikir dengan waras sebelum mengatakan perkara ini adalah mustahil.Adakah jawapan lain tentang misteri kehilangan yang ganjil di Segitiga Bermuda?Adakah sesiapa yang pernah memerhati atau mengkaji kaitan antara dua misteri ini?Berita terbaru misteri kehilangan di Segitiga Bermuda iaitu Juruterbang sebuah pesawat penumpang yang juruterbangnya mempunyai Permit Lesen Belajar Memandu Kapal Terbang dengan membawa 11 penumpang bersamanya telah lenyap begitu sahaja!Kapal terbang itu melalui kawasan Segitiga Bermuda terus lenyap dan tidak diketahui nasib mereka samaada masih hidup atau tidak.Sekarang baru kita menyedari misteri ini ada kebenaranya tetapi mengapa tidak dapat mencari bukti misteri kehilangan kapal terbang dan penumpang kapal terbang tersebut?Bagaimana mereka boleh lenyap jika misteri ini tidak wujud?Adakah jawapan yang logik tentang kehilangan yang ganjil ini?Segitiga bermuda akan terus menjadi cerita misteri seperti juga UFO.Mungkin bila semua fakta telah terkumpul dan pihak yang berkenaan sanggup berkongsi maklumat tentang Segitiga Bermuda dan UFO barulah kita lebih faham dan menyedari hubung kait diantara dua misteri ini.Akhir kata penulis berharap kita akan menemui jawapan dua misteri yang tidak terungkai ini sebelum ramai lagi manusia serta kapal terbang,kapal-kapal akan terus lenyap begitu sahaja.Sesungguhnya ada kehidupan lain yang lebih indah dan lebih baik selain dari dunia ini.Satu saja,kita menanti apakah akan berlaku di masa hadapan,hanya Allah yang maha berkuasa dan Maha Mengetahui.-sumber dari buku-buku,internet,fakta-fakta yang boleh dipercayai-penulis YAKIN KEY OF WEALTH-








No comments:

tweet

more yakin world popular posts