nuffnang add

Monday, May 16, 2011

MAT REMPIT MENGGANAS.05/16/2011

MALAYSIA:CRIMINAL CASES



Penulis ingin berkongsi berita yang perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib kerana kes yang melibatkan Mat Rempit khususnya dikalangan remaja semakin menjadi-jadi.


Terbaru berita Metro melaporkan di Kuala Terengganu seorang mat rempit seorang remaja 18 tahun yang lari dari sekatan polis melanggar seorang budak Ahmad Fakri Azni 11 tahun yang sedang bermain basikal di hadapan rumahnya di Kampung Baruh Seberang Kuala terengganu.Akibat daripada dilanggar oleh mat rempit tersebut menyebabkan kanak-kanak itu melambung 10 meter dimana turut disaksikan ayahnya sendiri pada ketika itu berada tidak jauh dari tempat kejadian.Ayahnya terus meluru kearah anaknya dan membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.Kanak-kanak itu sekarang terlantar di hospital kerana patah tulang belakang,retak tempurung kepala,menerima tujuh jahitan di kepala dan luka di tangan.


remaja yang melanggar kanak-kanak tersebut kini ditahan pihak Polis

Motosikal EX-5 yang ditunggang remaja tersebut dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar kanak-kanak tersebut.Remaja itu dapat ditahan oleh penduduk kampung apabila cuba melarikan diri.Ayah kanak-kanak tersebut berasa amat kesal dengan kejadian tersebut dan berharap hukuman setimpal akan dikenakan keatas remaja itu yang berasal dari Kampung Tok Imam Lapar Kuala Telemong.-sumber metro-

No comments:

tweet

more yakin world popular posts