nuffnang add

Tuesday, May 3, 2011

LAMAN BLOG TUN MAHATHIR DISERANG "MALWARE'' 5/3/2011

`chedet' diserang malware...Bagi blogger-blogger diluar sana berhati-hati dengan serangan virus "Malware" ni,tak pasal-pasal blog terus tak boleh buka!...mari kita baca petikan berita dari metro ni:




KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware.
Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.

Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada Bernama hari ini.
Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer. Sufi berkata, setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.

Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain.

No comments:

tweet

more yakin world popular posts